Limfadenitis kaseous (CLA - Caseous Lymphadenitis)
Pengenalan
Satu penyakit yang penting pada kambing, ia di sebabkan oleh bakteria Corynebacterium pseudotuberculosis. Bakteria ini boleh hidup di dalam persekitaran untuk suatu jangkamasa yang lama. Ia menular dengan mudah dan menyebabkan noda limfa menjadi bengkak bernanah. Biasanya bengkak bernanah (bisul) ini berlaku di noda limfa intermandibular, parotid, retropharyngeal, dan cervical dan juga noda limfa dibahagian kaki iaitu noda limfa prescapular, prefemoral, dan supramammari.
Gambar kebiasaan lokasi bisul nanah pada noda limfa di permukaan kulit.
Rawatan
Apabila bengkak bisul sudah kehilangan bulu, kulit sekeliling nya bertambah merah, ia menjadi lembut dan sudah punyai mata, potong bisul tersebut dengan blade skepel.
Nanah yang keluar dari bisul di tangani supaya tidak terus menjadi kontaminasi kepada persekitaran kandang, air, tempat makan, pakaian yang boleh menjadi punca ianya tertular kepada ternakan lain di ladang. Cuci bahagian berbisul dengan disinfectant, seperti povidone iodine atau chlorhexidine. Bisul di bersihkan dan dikawal selia setiap hari sehingga sembuh.
Pencegahan
Ada dua pendapat mengenai kaedah pencegahan dan kawalan penyakit ini. Yang umum dan biasa di syorkan ialah untuk takai sahaja (“cull”) kambing yang mengidap limfadenitis kaseous. Melalui kaedah ini, kita dapat memastikan bahawa penyakit ini tidak tertular kepada kambing lain di ladang.
Satu lagi pendapat ialah untuk membersihkan nanah dari limfadenitis kaseous, memastikan nanah ini tidak kontaminasi kandang, peralatan ladang dan pakaian penternak semasa rawatan, dan merawat luka yang terjadi daripada rawatan sehingga sembuh. Walau apa pun, apabila kita sedar di kalangan ternakan kita ada yang mengalami limfadenitis kaseous, kita mesti mengasingkan nya dari kambing yang sihat supaya ia tidak merebak di kalangan ternakan kita. Gunakan sarung tangan semasa membersihkan bisul bernanah limfadenitis kaseous. Walaupun belum pernah terdengar kes ianya tertular kepada penternak, tidak salah bagi kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Ternakan boleh di beri vaksin (Glanvac) untuk kawalan dan pencegahan; cara menggunakan Glanvac ialah; (i) dos pertama di beri pada bila-bila peringkat umur kambing (bagi anak setelah cerai susu), (ii) dos kedua tiga minggu selepas dos pertama, dan (iii) dos ketiga 3 bulan selepas itu. Satu suntikan “booster” di beri setiap tahun selepas itu.