~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Rabu, 21 Januari 2009

Kisah ibu buruk tapi anak cun dan handsem

Salam kepada semua rakan-rakan ternak . Cuaca agak panas dan kering di sepanjang perjalanan dan kunjungan saya ke beberapa farm di sekitar Queensland, namun saya tidak hiraukan dengan bahang kepanasan saya lupa akan hal hal tersebut dek kerana terlalu gariah melihat kambing yang terdapat di farm-farm tersebut..... yang kelihatan sungguh sihat dan gebu.
Dah menjadi kebiasan saya akan melawat beberapa farm sementara menunggu kedatangan partner saya untuk final selection untuk kambing yang akan kami bawa balik ke Malaysia kelak.


Diringkaskan cerita saya telah pergi sebuah farm yang agak kecil saiznya, pemilik ladang tersebuat dimiliki oleh sorang wanita berumur sekitar 35 ++ beliau baru sahaja bejinak-jinak dengan penternkan/pembikan kambing boer bermula pertengahan tahun 2007. Beliau telah membeli sekitar 20 ekor x bred doe yang kalau dilihat kambing-kambing tersebut sudah agak tua.Kemudian beliau telah membeli embryo kombinasi yang dipilih secara terpilih dari baka yang terkemuka yang juga dikenal sebagai sires, ini termasoklah termasuk Rupert Amani (di Queensland 2008 Grand Champion Buck) dan Terraweena Burger (Nasional 2007 di Grand Champion Buck). Baka ini telah memenangi di regional dan Australian nasional dalam beberapa pertunujukan kambing -kambing terbaik di Australia.
Akhirnya pada seawal Ogos 2008 lahirlah anak -anak kambing boer pertama beliau
yang berkuliti dari percantuman tersebut berjumlah 35 ekor.






























Diantara anak kambing Jantan yang
kini berumur sekitar umur 2-3 bulan














Anak-anak kambing betina yang kini berumur sekitar 2-3 bulan