~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Ahad, 15 November 2009

Berbezaan Antara Kambing Dan Biri-biri

Percahaya kah anda masih ramai rakyat Malaysia yang masih lagi tidak dapat membezakan mana satu Kah Kambing Dan Mana satu Kah biri-biri atau Beberi. Ada setengah tu mengatakan bebiri tu Lah Kambing.
Walaupun kedua-duanya disebut kambing namun kedua-duanya adalah berbeza dari segala sudut. Apatah lagi daging yang dihasilkan turut mempunyai perbezaan yang ketara. Dari segi saintifik, bebiri tergolong di dalam keluaraga Ovis Aries manakala kambing pula tergolong di dalam keluarga Capra Hircus. Masing-masing merupakan spesis yang berbeza.Bebiri mempunyai 54 kromosom manakala kambing pula mempunyai 60 kromosom. Namun begitu walaupun kedua-duanya tergolong dari spesis yang berlainan namun ia masih boleh dikahwinkan. Walau bagaimana pun jarang sekali hybrid kambing-bebiri yang dihasilkan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

...... so sama-sama Kita fikir-fikirkan Lah di mana silapnyaaaa....

Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama.

Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai jangan sampai kita tertipu. Pada kebiasaannya di kedai "nasi beriani kambing" adalah sebenarnya "nasi beriani bebiri" daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam.

Tetapi harga "nasi beriani kononnya beriani daging kambing" ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan "lamb chop", pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini. Daging kambing atau bebiri yang digunakan.? Kalau "lamb" tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat "lamb chop" tentulah pelanggan bertuah.

Di Barat, pengusaha restoran tidak suka menipu bahan yang digunakan di dalam masakan mereka dengan menggunakan istilah yang betul berbeza dengan di Malaysia.

Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua haiwan ini secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya:

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian).

Para nabi dan rasul diuji oleh Allah (sebahagian dari ujianNya) menjadi penternak kambing yang sifat semula jadinya suka berpecah dari kumpulannya (seekor dua). Jika lulus ujian Allah ini ternyata ia tidak menjadi masalah kepada para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia yang sikapnya tidak ubah seperti kambing (perumpamaan). Oleh itu, untuk kita menjadi penternak kambing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti yang ditunjukan oleh para nabi dan rasul.

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput.

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas.

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan).

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus.

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi.

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.

10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza:
- Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon.
- Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto.
- Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton.
- Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb.

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan.

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah "bodoh domba" adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya.





Banyak lagi perbezaan yang boleh dicari dan diperhatikan diantara kedua-dua haiwan ternakan ini. Ternyata mereka adalah haiwan yang sangat berbeza dan pengurusan kedua-duanya juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sifat-sifat ini.