~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Khamis, 20 November 2008

Pemilihan Embryos Terreweena Stud





Terreweena juga terkenal dengan kejayaan penghasilan baka bermutu tinggi " Terreweena Burger" yang peranh memenangi Australian National Grand Champion Buck di tahun 2007 adalah hasil teknologi bantuan pembiakan yang digunakan bagi mendapatkan kambing boer bermutu tinggi

Pematangan, Persenyawaan dan Pengkulturan In vitro (IVMFC)
- Oosit dikumpulkan dari ovari yang diperoleh di rumah sembelihan. Medium tertentu digunakan untuk pematangan, persenyawaan dan pengkulturan embrio. Semua pengkultran oosit dan embrio dilakukan dalam inkubator dengan lima peratus karbon dioksida dan pada suhu 38 darjah celsius.

Pemindahan Embrio secara Laparoscopic (LET)
- LET dilakukan untuk memindahkan embrio yang disuperovulasi dan dimanupulasi ke dalam sistem pembiakan ibu tumpang untuk menghasilkan zuriat.

Penseksan Embrio
- Penentuan jantina embrio boleh dilakukan menerusi penentuan gen yang berkaitan dengan jantina menggunakan kaedah PCR. Secebis sel embrio dibiopsikan untuk penentuan gen manakala bakinya dikulturkan secara in vitro untuk pembelahan embrio ke peringkat blastosis.

Krioawetan Embrio
- Embrio boleh disimpan dengan lama di dalam tangki nitrogen cecair menggunakan pelbagai kaedah seperti alat sejuk beku terprogram, sejuk beku cepat, junaman terus dan vitrifikasi. Embrio disejuk-beku menggunakan agen kriopelindung (CPA) tertentu seperti glycero, DMSO, ethylene glycol dan sebagainya dan dimasukkan ke dalam straw sebelum disimpan di dalam tangki nitrogen cecair.

Pemindahan Gen
- Gen-gen tertentu seperti gen untuk pertumbuhan dan penghasilan susu serta protein-protein farmasutikal disuntik ke dalam embrio untuk menghasilkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan ekonomi atau perubatan. Protein-protein farmasutikal yang dihasilkan daripada kambing yang dilakukan pemindahan gen dapat diekstrak daripada susu kambing.

* Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
* Pemindahan Nukleus (Klon)