~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Khamis, 25 Jun 2009

Glanvac 6




Limfadenitis kaseous (CLA - Caseous Lymphadenitis)

Pengenalan
Satu penyakit yg. ada pada kambing, ia di sebabkan oleh bakteria Corynebacterium pseudotuberculosis. Bakteria ini boleh hidup di dalam persekitaran untuk suatu jangkamasa yang lama. Ia menular dengan mudah dan menyebabkan noda limfa menjadi bengkak bernanah. Biasanya bengkak bernanah (bisul) ini berlaku di noda limfa intermandibular, parotid, retropharyngeal, dan cervical dan juga noda limfa dibahagian kaki iaitu noda limfa prescapular, prefemoral, dan supramammari.
Apa yang anda harus buat bagi mengelakan dari terjadi pada kambing kesayang anda? Glanvac-6 adalah dicadangkan selain caseous lymphadenitis dan prevention of enterotoxemia (pulpy kidney), tetanus, black disease, blackleg dan malignant untuk kambing dan bebiri anda

Maklumat lanjut dari : -
Goat health—
Caseous lymphadenitis
(cheesy gland)

Agfact A7.9.8, second edition 2004
Robert North
Former Veterinary Officer, NSW Agriculture
(Reviewed JT Seaman
Program Leader Flock Health)
Superficial
Caseous lymphadenitis (CLA) is a recurring bacterial
disease in goats that causes abscesses in lymph nodes
in internal organs and under the skin.
It is the cause of extensive loss through carcase
condemnation in sheep and, as the goat meat industry
increases, a similar substantial loss is likely in the goat
industry.

CAUSE
Cheesy gland is caused by infection with the
bacterium Corynebacterium pseudotuberculosis. The
organism occurs in abscesses as well as in the gut and
faeces of the goat. It can survive for up to 4 months
on the ground and on fences, feed troughs and head
bails depending on shelter from wind and sun.

SPREAD OF INFECTION
The bacteria are abundant in the pus inside abscesses.
When these abscesses burst, the pus containing
bacteria is transferred to the environment around the
goat pens. The infection is then picked up by other
goats through contamination of wounds and broken
skin.
The common behavioral habit amongst goats of
frequent licking, as well as of rubbing their heads and
necks against fence posts and sheds, allows the rapid
spread of cheesy gland. Where goats are kept in
small yards, the direct contact and close grazing of
contaminated grass or feeds in feed troughs also
encourages spread.
Dairy goats that are placed in head bails for milking
are particularly prone to being infected through
splinters around the neck.
Contaminated grooming gear can spread the bacteria
to other goats. Contaminated shearing blades are an
important method of spread in Angoras and
Cashmere goats.
Once the bacteria enter the goat’s body, they spread in
the bloodstream until they become localized in the
lymph nodes, organs or subcutaneous tissue.

SIGNS
Infected lymph nodes grow to become large abscesses
ranging in size from an egg to a grapefruit. The
contents are thick green/yellow cheese-like pus, hence
the common name ‘cheesy gland’.


Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us Azizan 019 7917309

Sabtu, 20 Jun 2009

STONE COLD BLOODLINE SHIPMENT JULAI 2009??



Serba sedikit latar belakang tentang Stud Buck Stone Cold untuk Shipment Julai 2009 :-Paul dan Jan Ormsby adalah pemilik/operators dari MUGAMBI , ditubuhkan pada tahun 2000 dan terletak di Australia Forbes, Tengah Barat NSW., Mugambi Telah menikmati kesuksesan dalam consistent menunjukan kejayan mereka di gelangang pertunjukan dengan kejayan senior stud boer buck dan junior stud boer buck mereka.“Stone Cold” genetics digabungkan dengan baka boer dari Afrika Selatan menggunakan embryos juara dunia Dr Pepper dari genetic merupakan base melaharikan baka dari bloodline stone cold pada hari ini dan akan terus berkembang keserata pelusuk duniaSepanjang tahun 2003-2006 “Stone Cold” telah beberapa kali memenagi berapa Ribbon begitu juga dgn anak genarasi kedua dan ketiga.








Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 019 7917309

Isnin, 15 Jun 2009

Up Date Dari Australia



FB Stud Buck reg. dari bloodline STONE COLD harga yang ditawarkan dari
RM 2,200 hingga RM 3,500







Special offer untuk Shipment Julai 2009 Anglo Nubian FB Buck with certificate RM 2,000 CIF KLIA. Tempahan dibuka sekarang.


Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call Zizan @ 0197917309/016 7678575

Rabu, 10 Jun 2009

Supplement Untuk Kambing Jantan



RM 30- 700ml


Anda mungkin pernah dengar atau terbaca cerita pasal kambing jantan kena batu karang. Ada yang sampai keluar air kencing berdarah dan last sekali berakhir dengan kematian atau terpaksa di sembelih. Ubat yg. terbaik bagi mengatasi masah ini adalah ammonium chloride beri pada kambing jantan yg menghadapi masah tersebut selama seminggu dan ubat anti-bengkak fluximine.

Walaubagaimana pun jika anda bimbang kambing jantan anda akan menghadapi masalah tersebut anda boleh atasi dengan memberi Apple Cider Vinegar campurkan kedalam minuman kambing tersebut kira-kira 1 sudu untuk 1 liter air sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Saya telah mencubanya dan mengamalkan untuk kambing jantan saya selama 2 tahun Alamdulliah ianya amat berkesan.
Petua ini diberi oleh para breeder di Australia. Kami ada membekal Supplement apple cider vinegar tsb. dengan harga RM 30.00 untuk 700 ml.





RM 5 sebiji



Selain daripada itu kite juga telah terjumpa produk Horny Goat Weed juga atas nasihat dari breeder di australia yg mana dapat membantu kambing2 jantan menunjukkan kejantanannya dlm bentuk tablet yg kami cuba promosikan dgn harga RM5 sebiji, bagi membantu masalah kambing jantan yg lemah tahap libidonya, kira mcm viagra lerrr but utk kambing daaaaaa.Kalau anda nak cuba pun boleh juga hihihi







untuk keterangan lanjut :-

Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us Zizan 
019 7917309

NEXT SHIPMENT ON JULY...!

Assalamualaikum …..Bagi tidak melengahkan masa kami PB RAMUNIA dan DUSUN AGRO
sedang membuat selection utk next shipment yg. dijangka akan landed middle of july selewatnya. Untuk pengetahuan saya telah pun berada di aust. seminggu yg lepas bagi meninjau stock yg available, kami juga mempunyai stock dairy goat yg terhad spt seanan, toggenburg dan british alphine. Maklum saja dairy goat agak terhard stocknya setelah kejadian bush fire di Vitoria yg. mana banyak melibatkan setengah-setengah ladang di Victoria.InsyAllah minggu depan saya akan upload pic dairy goat di sepanjang tinjauan saya, bagaimana pun utk mggu nie saya agak buzy dan tertekan sedikit bagi menguruskan shipment dorper yg masih lagi tersangut atas sebab yg tertentu yg agak sukar nak saya jelaskan, kerana exporter yg berkenaan memang bemasalah,walaupun beliau agak popular satu masa dulu di Malaysia namun khidmatnya amat mengecewakan, walaubagaimana saya akan berusahakan supaya dapat disegerakan penghantarnya. Maklum je payment 100% kami dah buat sebulan yg. lalu. InsyaAllah akan landed selewatnya dipenghujung bulam Jun ini. Selagi blum landed selagi tu ler kwn pun mkn x kenyang mandi x basah lorrrrr. Kepada peminat dairy goat boleh membuat tempahan dari sekarang kerana stock yg terhad.Manakala utk mereka yg tertumpu kepada slaughter goat kami minta tempahan awal kerana mudah bagi kami untuk membuat pemantauan menyediakan stok awal, tiada tambahan utk slaughter goat farel/boer selepas 20 jun, ini adalah bagi mengelakkan kelewatan dan juga arrangment diaust.Bagaimana pun kami berharap semua penternak dan pembeli memahami dengan harga yg kami tawarkan masih lagi berada pada paras yg waras dengan keadaan currency yg semakin mendadak naik daaaaaa. Tak boleh nak adjust semuanya di luar kawalan sesiapa cuma kami masih lagi sedia berkongsi minat dan pengalaman kami di aust, oleh demikian kami akan tetap landed utk next...next...next shipment.Kami juga dalam usaha membawa rusa2 australia utk next shipment bagi tujuan breeding sendiri, kepada yg berminat utk join shipment kami alu-alukan. Boer tetap menjadi pilihan kami begitu juga dairy goat dan dorper!!

Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309

Khamis, 4 Jun 2009

Extra Stock Untuk Clearance

Kami ada membawa ect. stock untuk shipment 2 Jun 2009 yang lalu.Oleh itu kami ingin war-warkan tawaran hebat ini pada anda semua.Harga adalah bedasarkan harga Ex Kandang. Namun tak lerr jauh beza daripada harga ex KLIA



















F1




















F2

Boer Buck & Doe


Dorper Ram & Ewes



Kalahari Buck & Doe


Tawaran ini hanya dibuka hanya untuk bulan Jun 2009 sahaja :-

1. Baka boer F1 : RM 700 per ekor 25-28 kg.
2. Baka Boer F2 : RM 750 per ekor 25- 28kg

3. Kalahari Unreg. doe : RM 1,500 per ekor 30-35 kg
4. Kalahari FB doe reg. : RM 2,000 - 28-30 kg. bunting
5. Kalahari FB Buck reg. : RM 2,600 - 50kg.
6. Kalahari FB Buck Unreg. : 1,500 - 40 kg. (young)
7. Stud FB boer Reg. : RM 3,100 45 -50 kg.
8. Bebiri Dorper FB RAM : 2,800 50-55kg.
9. Bebiri Dorper ewes : RM 1,500 30-35kg


p/s Harga kambing/bebiri yg. tertara diatas adalah harga yg. boleh di NETGO.


Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309
Untuk keterangan lanjut

Selasa, 2 Jun 2009

Produksi daging Dorper.















Bebiri Dorper agak kecil ketika lahir, tetapi kadar kemajuan keberatanya amat ketara dari waktu mereka mulai makan. Mereka berkembang sangat cepat. Keberatan hidup seberat 36kg boleh dijangkau dalam usia 4-5 bulan. Ini menjamin kualiti karkas sekitar lebih 50% daging.Daging Dorper dan white Dorper sangat baik bukan sahaja ianya lembut halus,rasa yang enak dan memupunyai aroma yg tersendiri serta ianya juga mempunyai kadar peratusan lemak yang rendah. ke enakan dagingnya hingga lah ketulangnya.
























Selasa, 26 Mei 2009

Biri-biri Pelengkap Kambing

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my


Ternakan biri-biri boleh dikatakan masih baru kerana tidak terdapat penternak yang mengusahakannya secara komersial berbanding kambing.

Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan industri daging kambing dan biri-biri untuk mengurangkan pergantungan kepada daging import.

Pada tahun 2005, bekalan daging kambing dan biri-biri import di pasaran tempatan melebihi 15,000 tan metrik atau 92.6 peratus daripada bekalan keseluruhan.

Populasi biri-biri tempatan dianggarkan berjumlah 115,500 ekor dan jumlah ini akan mempengaruhi pembangunan industri biri-biri negara.

Industri biri-biri boleh dikatakan masih di peringkat 'bayi' walaupun ternakan biri-biri sudah lama bertapak di sini.

Selama ini ternakan biri-biri dijalankan secara tradisional.

Walaupun baka seperti Dorset, Wiltshire horn, Suffolk dan biri-biri rerambut seperti Bali-Bali, Barbados Black Belly dan St. Ines dibawa masuk sejak 20 tahun lalu bagi meningkat prestasi biri-biri tempatan atau Malin tetapi baka yang dibentuk tidak pernah stabil.

Antara penyebab kelembapan industri biri-biri di negara ini adalah kekurangan baka berkualiti dan subur.

Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohmad Mustafa berkata, biri-biri Dorper yang berasal dari Afrika Selatan merupakan baka baru yang berpotensi diternak di negara ini.

"MARDI telah mula membawa masuk baka Dorper dari Afrika Selatan sejak tahun 2006 bagi penilaian sebagai baka pejantan (terminal meat sire breed) untuk dikacukkan dengan biri-biri betina tempatan.

"Biri-biri Dorper yang dibawa masuk ditempatkan dalam ladang integrasi kelapa di stesen MARDI, Sungai Baging, Kuantan, Pahang," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kali kedua pada Julai tahun lalu, MARDI membawa masuk 220 ekor baka Dorper tulen dari Afrika Selatan.

Sebanyak 200 ekor betina dan 20 ekor jantan dibawa masuk bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI untuk mengkaji kesesuaian baka dalam iklim dan persekitaran tempatan bertujuan penggandaan baka tulen dan kacukan dengan biri-biri tempatan.

Hasil kajian awal mendapati 150 ekor anak dilahirkan daripada baka pejantan Dorper yang dihasilkan di Sungai Baging telah menunjukkan pertambahan kadar tumbesaran lebih 30 peratus jika dibandingkan dengan anak biri-biri dari baka kacukan lain.

Dr. Mohmad berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mula menternak biri-biri Dorper di beberapa buah ladang di Johor.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, baka biri-biri Dorper adalah setanding dengan kambing Boer.

''Jika kambing Boer sesuai dengan pelbagai jenis cuaca, biri-biri Dorper mempunyai ciri-ciri yang sama.

"Maklumat mendapati sejumlah lima juta biri-biri Dorper diternak di Afrika Selatan dan banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengimport baka tersebut untuk dibiakkan di tempat mereka," katanya.

Dr. Mohmad menjelaskan, negara mengimport banyak daging biri-biri berbanding kambing. Ini kerana orang ramai tidak tahu membezakan antara daging kambing dan biri-biri.


Beza


"Daging kambing dikenali sebagai adalah chevon, manakala biri-biri adalah mutton dan biri-biri muda berusia empat bulan adalah lamb," jelas beliau.

Beza antara chevon dan mutton adalah kandungan kolestrolnya.

Walaupun kandungan kolestrol dalam biri-biri lebih tinggi berbanding kambing tetapi kajian menunjukkan mutton mengandungi lebih banyak kolestrol berbanding lamb.

Dr. Mohmad berkata, biasanya berat badan biri-biri Dorper antara 30 hingga 40 kilogram (kg) ketika berumur enam hingga lapan bulan belum mengumpulkan lemak yang tinggi berbanding biri-biri import.

Baka biri-biri Dorper dibawa masuk bagi memenuhi keperluan penternak di Pantai Timur.

Baka tempatan bermutu rendah dengan dewasa hanya mencapai berat badan 20 hingga 25 kg dalam masa dua tahun.

Manakala baka Dorper tulen pula boleh mencapai berat 30 hingga 35 kg hanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kambing Boer dengan pengurusan yang teratur dan makanan berkualiti boleh mencapai berat badan antara 25 hingga 30 kg dalam masa tiga atau empat bulan," katanya..

Seperti kambing Boer, biri-biri Dorper jenis rerambut dipilih kerana tidak menghadapi masalah ketegasan dan sesuai dengan keadaan lembap di negara ini.

Pengenalan baka biri-biri Dorper, kata Dr. Mohmad amat diperlukan memandangkan industri ternakan telah memberi sumbangan besar dalam pengeluaran makanan negara dengan jumlah RM5.729 billion.

Industri penternakan bukan ruminan seperti unggas telah menyumbang 94 peratus atau RM5.4 billion sementara sektor ruminan hanya enam peratus atau RM0.329 billion.

"Keperluan daging ruminan akan terus meningkat tahun demi tahun dan pergantungan kepada import perlu dikurangkan," katanya.

Justeru agensi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan tempatan dalam masa terdekat.

Industri ternakan ruminan perlu diteruskan dengan penumpuan kepada meningkatkan populasi pembiak.

Industri berkenaan perlu berkembang secara lebih agresif, sistematik serta moden dengan sekala komersial.














Pengenalan Baka Dorper


- Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.


- Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.


- Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.


- Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).


- Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai


- Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan


-Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun


- Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.


- Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan


- Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi


- Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan


- Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran


- Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.


- Pada masa ini terdapat 220 ekor Dorper tulen di negara ini dan MARDI sedang meningkatkan mutu baka sedia ada di Stesen MARDI, Kluang.

Di stesen MARDI Sungai Baging peningkatan genetik baka Dorper telah dilaksanakan melalui natural mating dan kaedah permanian beradas. Dijangka industri Dorper akan berkembang memandangkan bilangan import daging terus meningkat

Begitu la keistemawanya tentang DORPER ni. So kepada sesiapa yang berminat untuk menternak dorper sila la berhubung ditalian hayat kami atau tuan/puan boleh juga menemil kami
Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309

Ahad, 17 Mei 2009

Apa Tunggu Lagi ???

Salam ,sorry agak lama tak update blog ni, busy sikit kebelakangan nie coz, balik je dari selection kat ozz maka bertukar balik lerr uniform kawan, iatu uniform pengembala kambing. Perr peloh bejurai-jurai,bertugas kat dalam kandang, di sebalik tugasan dgn. kambing kena juga buat persedian dengan urusan segala dokumentation utk kambing yang akan landed before end of this Mei. InsyAllah setakat ni segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan , manakala dari segi date landed yg tepat belum kite ketahui lagi dan segala perkembangan berkaitan dengan shipment akan kite update selalu di blog.

Untuk makluman semua shipment kali ini lebih kepada kambing slaughter farel dan juga boer wether yang average weight nya memang memberangsangkan , kalau ada yg berminat jemput datang ke animal hotel untuk dapat kan harga yang berpatutan.
Bagaimana pun kambing2 breeding tetap menjadi pilihan dan tentu ada kami bawakan extra kambing breeding Boer does f1/f2/f3/f4 , stud Bore does and stud Boer buck registed/ kalahari does unregisted / boer does unregisted/ seanan does and Saanen buck registed dan juga white dorper Ram Fullblood serta Ewes f3/f4/f5. Seperti biasa semua kambing2 tersebut masuk melalui 'breeding protokol' untuk tujuan pembiak dan pembakaan.


Walaupun segala costing naik akibat kegawatan ekonomi di Aussie dan juga kadar currency yang mendadak naik, namun ianya tidak terlalu mempengaruhi harga yang kami tawarkan masih lagi pada kadar mampu milik kepada semua rakan-rakan ternak. Kepada yang berminat boleh lah berurusan terus dengan kami selagi stok masih ada untuk shipment Mei ini dan kepada yang merancang nak join next shipment JUN/JULY pun dipersilakan untuk menghubungi kami.
Pertanyaan amat lah dia alu-alu kan.
Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309

Jumaat, 1 Mei 2009

Final selection di South Australia

Assalamualaikum Mei 2009 maka berakhirlah percutian dan tugas saya di Australia. 3 hari yg. lalu kami telah pun selamat membuat final selection.
Untuk kastemer2 yg. masih sudi mengoder dari kami kami ucapkan ribuan jutaan terima kasih, di samping itu shipment pada bulan Mei ini juga kami ada membawa pulang kaming boer, saanen dan bebiri dorper sebagai stock untuk kandang kami dengan besedia menjualnya dengan harga Ex Kandang, Di Kandang Batu Pahat atau Pagoh jadi andainya ada rakan ternak yg. lain berminat silalah berhubung dengan kami. Seperti biasa juga harga juga boleh nego…
Untuk Shipment Mei ni juga kami telah bertukar arah bagi memelih kambing yg. akan di bawa pulang ke Malaysia. Kambing Boer, saanen dan bebiri dorper nie adalah kelaharian South Australia atau juga di kenali sebagai Adelaide. Spt shipment2 yg telah sudah di shipment kali nie kami juga ada membawa Stud Buck Boer. Terdiri dari young stud hingga ke big buck. Boer weather dgn kadar keberatan purta 45 -50kg. kami akan menawarkan harga yg. anda mampu memilikinya. Feral dgn keberatan purata 40kg. juga akan dibawa besama. Saanen umur 9 bulan hingga umur 13 bulan serta penjantannya berumur 18 bulan juga turut serta. Bebagai grade bebiri dorpers juga memenuhi untuk shipment Mei ini.


Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309

Sabtu, 25 April 2009

Sydeny Royal Show



















Kini telah hampir sebulan saya menghabiskan cuti saya di Aussie di sampaing menijau dan membuat lawatan di berapa Boer farm di sekitar Queensland dan NSW dan Di kesempatan ini juga saya ingin menulis sedikit pengalaman yang ingin saya kongsi bersama dengan rakan-rakan ternak yang lain. Sepertimana di Malaysia kita amat bebanga dengan MAHA. Malaysia dapat menganjurkan MAHA dengan jayanya. Sementara di sini Saya sempat melawat Sydney Royal Easter yg berlansung Sydeny Showground di Sydeny olimpik park dari berlansung pada 9-22 April 2009 yang lalu. Australia Sydney Royal Easter adalah yang merupakan acara tahuanan nasional yg terbesar di Australia yang menampilkan gambaran dan warisan budaya Australia dengan bertujuan untuk mengakui prestasi dalam bidang pertanian melalui kompetisi, dan meningkatkan kesedaran kepada para petani dan peladang disana sebagai platform dalam bidang pertanian untuk masa hadapan










Diantara Persedian Awal sebelum pertandingan dijalankan



























Sekitar 15,000 perserta menunjukkan hasil kerja yang terbaik dalam bidang masing-masing seperti peternakan, seni, makanan dan bemacam-macam lagi bersaing untuk merebut juara Sydney Royal Blue Ribbon dalam bidang masing-masing. Di ringkaskan cerita saya berkesempatan untuk melihat dan menijau pertunjukan tersebut pada 20-21hb April kerana di tarikh-tarikh tersebut merupakan tarikh pertunjukan dan pertandingan bebagai jenis kambing termasuklah kambing boer,bebagai jenis lembu dan juga biri-biri ( show for the pig saya tak minat nak tengok hihihi)
Bagi pertandingan kambing boer hakim bagi pertanding tersebuat di adili oleh Hakim dari South Afrika dan sebahagianya dari Australia.
Semasa disana saya sempat merakam beberapa keeping gambar dan saya ingin bekongsi dengan rakan rakan penternak yang lain



















Jim Bore bediri megah disamping
Kambing boernya





Antara lain yang menarik perhatian saya














Yang Mana lebih Cun ???







































Sebaghagian dari Pelajar Sekolah turut sama
terlibat sama mempersembahkan
hasil projek sekolah mereka,dalam bidang ternakan satu
penerapan yg masih tiada di negar kita.















Contoh Bulu atau wool terbaik dari biri-biri

Ahad, 12 April 2009

Kenali Ubat Penyakit Kambing

Ternakan merupakan makhluk hidup yang perlu makan dan minum untuk hidup..Ada kalanya, mereka juga akan sakit..Seperti manusia, ternakan juga memerlukan vaksin atau pun ubat. Cacing, pneumonia, cirit birit (terutamanya anak kambing) dan sebagainya mesti dikawal dengan sebaiknya, Sebelum mencari ubat, eloklah kita berbincang dengan veterinarwan di pusat perkhidmatan haiwan. Merawat penyakit tidak seperti membaiki basikal. Walaupun satu ubat adalah pilihan terbaik untuk merawat kambing yang sakit untuk satu situasi, ubat yang sama mungkin bukan pilihan terbaik untuk situasi lain. Mencegah penyakit adalah pilihan terbaik terutama jika penyakit boleh dicegah dengan vaksin.

Ada beberapa jenis ubat yang mana mengikut saranan beberapa Pegawai Veterinar perlu ada di setiap kandang sama ada kecil atau berskala sederhana dan besar..anda juga ubatan dan vaksin yang beri secara oral, ada secara sapuan dan ada juga yg. secara injection.
















Diantaranya jenis-jenis ubat adalah seperti berikut :-





Ubat antibiotik "broad spectrum"









Ubat antibiotik "broad spectrum" yang perlu ada di kandang ternakan..Boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk, masalah dalaman yang tak dapat dikenal pasti dan pelbagai jenis penyakit lagi...Penggunaannya dengan cara suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram.



























Dectomex (Doramex)

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk kambing






Iodine Spray

Digunakan untuk ternakan yang mengalami luka dan juga pendarahan luaran..Boleh juga digunakan untuk menghindar dan juga membunuh ulat lalat (maggot)..Biasa digunakan sebagai rawatan awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk akibat maggot..Penggunaan dengan cara semburan ke tempat yang luka dan kekerapan bergantung kepada luka tersebut








Pink Eye Spray

Digunakan untuk merawat mata ternakan yang bermasalah..Penggunaanya ialah dengan cara semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada penyakit tersebut..Biasanya digunakan kepada kambing yang mengalami masalah mata seperti kekaburan, keputihan mata, mata tak boleh buka dan macam-macam lagi masalah yang melibatkan mata..



Jumaat, 10 April 2009

Megimport Kambing Dari Australia


Harga pembelian kambing anda dari Australia adalah dari jumlah harga pembayaan mendarat di Animal Hotel KLIA. Persoalanya apakah Anda mengimpor satu atau banyak kambing, dan ini jadi agak murah untuk mengumpulkan pesanan yang lebih besar, daripada hanya beberapa ekor. Idea yang baik untuk menggabungkan pesanan anda dengan penternak yang lain untuk membentuk satu angka yang cukup besar agar lebih reasonable pada harganya.


Tanggongjawap sebagai importer biasanya sebagai berikut:-

- Nilai Import dan Kesehatan kebenaran dari Jabatan Veterinar yang bekenaan.
- Fax kan import permit anda darimana kambing itu akan diambil
- Pembayaan atau fees yang perlu dibayar di Airport
- Pembayaran 100% sebelum penghantaran kecuali atas persetujuan diantara kedua pihak
- Pegambilan kambing di KLIA Airport
- Clearance atau pembayaran cukai oleh Kastam Malaysia di Airport
- Bertanggongjawab sepenohnya keatas kambing setelah pesawat turn di lapangan terbang
- Insurance keatas kambing-kambing tersebut juga perlu dibuat
- Pemeriksaan oleh Jabatan Veterinar semasa kedatangan kambing-kambing tsb.
- Clearing agent costs
- Transport dari Airport yang akan membawa kambing-kambing tsb ke kandang/farm anda

Kelambatan yang disebabkan oleh penerima karena kebenaran kedatangan atau penundaan pembayaran menyebabkan cost yang lebih untuk adjisment atau cost penerbangan.
Untuk sebagian cost Kambing biasanya kurang dari cost di atas, kecuali mereka mendapatkan jumlah ekor yang cukup banyak dan menggunakan kapal pengangkut khusus ternak udara.Juga akan bergantung pada breed, bloodlines and quality yg anda cari. Pastikan Anda menerima document yang sebenarnya untuk kambing tersebut seperti registered animals, registered as with their respective breed associations and/atau persatuan yg berkitan

Cost dan tanggongjawab yang perlu ditanggung untuk memilih kambing bagi memenuhi semua spesifikasi untuk pembeli anda.

- Cost buruh untk tagging pada telinga sebagai kambing yg dieksport
- Protokol management pada penyselaian peternakan termasuk semua cost makan dll
- Cost buruh semasa ujian sample darah
- Tempat dimana memuatkan kambing untuk ujian darah
- Pekerja memuat hewan ke Truk ke Bandara
- Pengangkutan dari tempat pilihanan ke Farm utama
- Kehamilan kambing tsb.juga di uji dan disahkan
- Isolasi untuk sampai 7 hari diperlukan sebelum ekspor ke Malaysia
- Beratnya kambing juga pelu diserahkan pada export agen
- Pemberikan ubat cacing perlu diberikan pada masa ini
- Pemberian ubat parasite juga harus diberikan
- Tag daftar semua kambing sama seperti hari selesai ujian darah.
- cost tenaga kerja doctor hewan di semasa ujian darah / serta yg terlibat
- Persediaan dan penerapan vaksinasi
- Cost untuk ujian darah semua kambing di makmal
- Pengangkutan dari Farm utama ke Airport untuk penerbangan

Perlu diketahui bahwa kambing yang berdaftar biasanya cost pembayran adalah lebih. Anda juga harus sedar bahwa ada masa dimana kambing tiba dengan pendaftaran tapi maklumat yg lebih terperinci tiada, pendaftaran sijil yang khusus pada kambing dan tidak ada lagi atau info tentang silsilah juga tiada. Ada juga telah pengalaman di mana kambing tiba dengan kertas stambom namun dicetak dengan bentuk linage pada peternakan 'kop'. Terdaftar sebagai surat yang dicetak dalam catatan pada peternakan adalah surat terbaik dihindari, kecuali jika Anda telah setuju untuk ini sebelum pesanan Anda. Hati-hati karena Anda mungkin juga melalui pengalaman bahwa 'sijil' tidak sama dengan tag telinga dan bahkan warna dan usia.

Tanggung jawab dan cost dari eksporter agen biasanya sebagai berikut.


- Arahan dari Vet bila tarikh treatment boleh dibuat
- Arahan dari Vet bila tarikh treatmen akan berakhir
- AQIS pemeriksaan sebelum penerbangan di farm atau di airport
- Perjalanan udara IATA spesifikasi crates
- Penerbangan pengelolaan seluruh proses
- Pos pilihan kedatangan luar negera di Airport
- Lesen eksport dan cost yang perlu dibayar semasa proses tsb.
- Cost Audit sebagai pemeroses
- Ekspor tag cost untuk DAFF
-Mempersiapkan dan faks AWB kepada Anda, untuk pre-clearance.
- Cost ruang penerbangan dan cost penghantaran dari Australia ke KLIA Airport

Pastikan bahawa anda berhubung dan mendapatkan info yang menyatakan jumlah pembayaran yang telah dibuat dgn.jelas karana, syarat dan ketetapan yg. telah dipersetujui. Perjanjian Hitam dan putih melalui email atau dokumen-dokumen yang sebenarnya. Sebagai tindakan pencegahan disini saya akan menyarankan Anda untuk membuat perjanjian terpisah pembayaran, simpan terpisah dari peternakan / agen penjual dan ekspor, kecuali jika Anda telah menyetujui untuk menggabungkan pembayaran kepada penjual.








.:: Contoh Premit Import



Sijil Kesihatan yang di keluarkan oleh Australian Querantine (AQIS) - page 2

.: Sijil Kesihatan yang di keluaran oleh Australian Quarantiane (AQIS)

page 2



.: Sijil Kesihatan yang di keluaran oleh Australian Quarantiane (AQIS)



page 3




.: Tag List For Breeder Goats To Malaysia






.: Premit To Export Animal (goat) To Malaysia.


* Kalau kita perhatikan di situ ada dijelaskan berapa jumlah kambing yg. di export/import untuk Breeding dan berapa jumlah untuk Slaughter.Ini dapat diperhatikan melalui list of tag number dalam sijil kesihatan yg. di keluarkan oleh AQIS. Pastikan kambing yg anda beli untuk tujuan breeding adalah under breding protocol dan bukannya slaughter procokol



.:AWB -Air Waybill





.: Registration Certificate yang di keluarkan oleh BGBAA