~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Memaparkan catatan dengan label Kambing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kambing. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2016

Kambing Tenusu Import Dari Australia

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan ternak sekali lagi Syarikat kami bercadang untuk membawa masuk kambing baka tenusu dari baka Saanen dan juga Anglo Nubian dari Australia.
Shipment ini di jadwalkan pada April -Mei 2016 so kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baka-baka tersebut bolehlah membuat tempahan, tempahan awal amat di alu-alukan... So jaga lepaskan peluang ini!!

Salam Hormat
#terms and condition may apply


Call/SMS/ whatsapp Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 013 7144676 
ALAMAT FARM : JALAN PARIT BENGKOK, MUKIM 2, BAGAN, 83000 BATU PAHAT, JOHOR.

Photo dari Shipment yang terdahulu :-





Sabtu, 29 Ogos 2015

Stock Kambing ,Bebiri Dan Lembu Untuk majils Kenduri,Aqiqah dan Korban





Alamat Ladang Kambing/ Berbiri 
ALAMAT FARM : JALAN PARIT BENGKOK, MUKIM 2, BAGAN, 83000 BATU PAHAT, JOHOR.
Call/SMS/ whatsapp Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 013 7144676 
Juga Ladang transit di Kampung Setulang Gajah, Lenga, Muar Johor.

Isnin, 6 Julai 2015

Rangeland goat dan Bebiri

Assalamualaikum stock Rangeland goat dan Bebiri kini kembali bagi memenuhi kandang kami bagi menyediakan permintaan pada para pelangan yang budiman.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan bekalan,harga yang di tawarakan adalah mampu milik atau dalam erti kata lain "MURAH"





Pls email us at pbramunia7@gmail.com or Call/SMS/ WhatsApp ~  Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 013 7144676

Isnin, 23 Mac 2015

Tawaran Kambing Feral - Rangeland Goats kini kembali lagi !!!

Rangeland Goat kini kembali lagi !!! ~ Kepada yang inginkan stock Rengeland Goat
Sebagai stock jualan bolehlah berhubung dengan kami. Kami menawaran harga borong
Dengan harga yang munasabah dan yang pastinya semua stock bekalan cukup umur

Sebagai Kambing AQIQAH….. In Sha Allah





Pls email us at pbramunia7@gmail.com or Call/SMS/ Whatsapp ~ Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 013 7144676 ~

Alamat Farm :  Mukim 2 Bagan, Batu Pahat, Johot  

Cawangan : FELDA Tenggaroh 6 Mersing, Johor. Contact Person : ~Sham~ 019 7068785

Ahad, 12 Oktober 2014

PEMBEKAL KAMBING AQIQAH/KORBAN DAN MAJLIS KENDURI


Salam..
Kambing utk sebarang majlis sempena cuti sekolah dll..harga bermula dari RM 680

Stock ada di Batu Pahat dan Lenga Muar. Masakan dan kambing golek juga di sediakan.

Untuk tempahan dan pertayaan boleh call/whatsapp/wechat Zizan Omar 0197917309/ Sani 013 7144676


#Stock ladang transit kami juga ada di Tengaroh 5 Kota Tinggi, Johor
Dan juga di Kampung Setulang Gajah, Muar Johor.

Jadi jangan lepas pelung ini, selagi stock masih ada !!!!

Isnin, 1 September 2014

Shipment Kambing Dan Bebiri











Stock Kambing Dan Bebiri untuk tujuan Aqiqah/Korban/Majlis kendiri/ Kambing & bebiri golek.
Lokasi Farm Batu Pahat, Johor Dan Jelbu, Negeri Sembilan.

Pls email us at pbramunia7@gmail.com or Call/WhatsApa/WeChat - Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 013 7144676

Ahad, 23 Mac 2014

Kambing Susu Saanen


Assalamualaikum kepada rakan-rakan ternak seMalaysia.
Pihak kami bercadang akan membawa masok stock kambing tenusu saanen pada Shipment Aprill-Mei 2014. Kini baka-baka kambing saanen agak limited di Australia. Jadi tempahan awal amat di perlukan.
Stock yang ada sedia terkumpul sebanyak 60 ekor sahaja.

So kepada rakan-rakan ternak yang berminat bolehlah membuat tempahan....yang mana tempakan kini dibuka bermula pada 23 March 2014 jika anda yang berminat untuk mendapatkan kambing baka tenusu saanen jangan lepaskan peluang ini.






Stock sedia ada di Australia buat masa nie..

Pls email us at pbramunia7@gmail.com or Call Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 013 7144676

Rabu, 29 Januari 2014

TEMPAHAN TERNAKAN DARI AUSTRALIA




Assalamualaikum dengan segala hormatnya pihak kami akan  membawa masuk  baka-baka kambing dan Bebiri terpilih dari Australia, seperti Baka Boer, Kalahari, Saanen, Anglo Nubian, Toggengbure serta baka bebiri Dorper. Shipment di Jangka pada Febuary/ March 2014.

Tempahan di buka sekarang !

Jika anda berminat boleh lah membuat tempahan. Harga boleh di runding.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi  Zizan Omar SMS/ WhatsApp @ 019-7917309/ Sani 013 714467


Ahad, 3 November 2013

Harga Runtuh Untuk Shipment December 2013





Assalamualaikum untuk shipment Dec. 2013 ke Kuching Sarawak dan Semanjung Malaysia
kami menawarkan harga murah dan mampu milik untuk kambing yang di import khas dari Australia, jadi jangan lepaskan peluang ini. Harga runtuh tak selalunya ada...so jangan berlengah lagi....buat tempahan ada sekarang!

Harga Tawaran Hanya untuk Dec. 2013 shipment :-
a) Pure Saanen Does RM 2,600 per/ekor ( Normal price RM 3,100)
b) Pure Saanen Buck RM 3,100 per ekor (Normal Price RM 3,500)
c) Full Blood Boer Buck RM 2,500 per ekor 24 bulan berat 55-60 kg. (Normal price RM 2,800)
d) Full Blood Boer Does RM 2,000 per/ekor umur 13-14 bulan avg. 35kg. (Normal price RM 2,200)
e) F3/F4 Boer Does RM 900 berat avg. 35kg, umur 12 bulan (Normal price RM 1,200)
Tarikh tutup tawaran 20/11/2013

Tempahan dan pertanyaan - Pls email us at pbramunia7@gmail.com or Call Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 013 7144676

Selasa, 29 Oktober 2013

December 2013 Shipment Ke Kuching Sarawak

Assalamualaikum dan salam kambing satu Malaysia.
Pihak kami sedang merancang untuk  membuat shipment ke Kuching Sarawak yang mana shipment tersebut akan berlaku pada Dec 2013, jesteru itu jika anda berminat khasnya untuk rakan-rakan ternak di Sarawak bagi mendapakan baka-baka kambing dan beberi Australia boleh lah membuat tempahan dengan kadar segera. Pemelihan ternakan tersebuat
akan di buat di Australia 2 minggu dari sekarang.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh email kami di pbramunia7@gmail.com 
atau call Zizan Omar @ 019-7917309/ Sani 0137144676




Khamis, 5 September 2013

Ready stock kambing/Biri-biri Qurban & Aqiqah


Ready stock kambing/Biri-biri Qurban & Aqiqah kini dibuka untuk jualan:
(siap sembelih & lapah & hantar)

Harga berubah mengikut kuantiti dan berat kambing....harga mampu milik, anda pasti tidak akan kecewa dengan size kambing. Temui kami di ladang transit di Simpang Renggam, Kluang Johor/ Di Leadng, Muar, Johor/ dan Di Bagan Simpang Lima, Batu Pahat, Johor. 


Berminat? Sila hubungi Zizan Omar 019 7917309/016 7678575                                                                                

Sabtu, 28 April 2012











Salam stock kambing feral dan Boer Jantan Cross untuk tujuan Aqiqah dan majlis kenduri.
Kepada penduduk di  Selatan Malaysia  khasnya di Daerah Batu Pahat, boleh lah mendapatkan bekelan ini dgn harga Istemewa dari kami. Baki stock dah tak banyak.


- Jualan kambing Akikah Feral belian secara runcit/perseorangan RM 680 seekor. Siap sembelih dan lapah RM 750.00 (Boleh tawar menawar)

- Jualan Kambing Aqiqah dari Jenis Boer Cross harga secara runcit/perseorangan RM 750 Siap sembelih dan lapah RM 800 (boleh tawar menawar)

Kami juga ada menyedian Pakej siap masak jika anda ingikankan perkhidmatan dari kami.
Hubungi kami untuk maklumat terkini untuk maklumat terbahru dan perkhidmatan yang kami sediakan.



Selasa, 20 September 2011

Kambing Oh Kambing

Kami ada membekalkan kambing kelahairan tempatan dan berbagai-bagai jenis kambing baka yang di import terus dari Australia



Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi kami
Zizan @019 7917309 atau email @ pbramunia7@gmail.com

Selasa, 26 Mei 2009

Biri-biri Pelengkap Kambing

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my


Ternakan biri-biri boleh dikatakan masih baru kerana tidak terdapat penternak yang mengusahakannya secara komersial berbanding kambing.

Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan industri daging kambing dan biri-biri untuk mengurangkan pergantungan kepada daging import.

Pada tahun 2005, bekalan daging kambing dan biri-biri import di pasaran tempatan melebihi 15,000 tan metrik atau 92.6 peratus daripada bekalan keseluruhan.

Populasi biri-biri tempatan dianggarkan berjumlah 115,500 ekor dan jumlah ini akan mempengaruhi pembangunan industri biri-biri negara.

Industri biri-biri boleh dikatakan masih di peringkat 'bayi' walaupun ternakan biri-biri sudah lama bertapak di sini.

Selama ini ternakan biri-biri dijalankan secara tradisional.

Walaupun baka seperti Dorset, Wiltshire horn, Suffolk dan biri-biri rerambut seperti Bali-Bali, Barbados Black Belly dan St. Ines dibawa masuk sejak 20 tahun lalu bagi meningkat prestasi biri-biri tempatan atau Malin tetapi baka yang dibentuk tidak pernah stabil.

Antara penyebab kelembapan industri biri-biri di negara ini adalah kekurangan baka berkualiti dan subur.

Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohmad Mustafa berkata, biri-biri Dorper yang berasal dari Afrika Selatan merupakan baka baru yang berpotensi diternak di negara ini.

"MARDI telah mula membawa masuk baka Dorper dari Afrika Selatan sejak tahun 2006 bagi penilaian sebagai baka pejantan (terminal meat sire breed) untuk dikacukkan dengan biri-biri betina tempatan.

"Biri-biri Dorper yang dibawa masuk ditempatkan dalam ladang integrasi kelapa di stesen MARDI, Sungai Baging, Kuantan, Pahang," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kali kedua pada Julai tahun lalu, MARDI membawa masuk 220 ekor baka Dorper tulen dari Afrika Selatan.

Sebanyak 200 ekor betina dan 20 ekor jantan dibawa masuk bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI untuk mengkaji kesesuaian baka dalam iklim dan persekitaran tempatan bertujuan penggandaan baka tulen dan kacukan dengan biri-biri tempatan.

Hasil kajian awal mendapati 150 ekor anak dilahirkan daripada baka pejantan Dorper yang dihasilkan di Sungai Baging telah menunjukkan pertambahan kadar tumbesaran lebih 30 peratus jika dibandingkan dengan anak biri-biri dari baka kacukan lain.

Dr. Mohmad berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mula menternak biri-biri Dorper di beberapa buah ladang di Johor.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, baka biri-biri Dorper adalah setanding dengan kambing Boer.

''Jika kambing Boer sesuai dengan pelbagai jenis cuaca, biri-biri Dorper mempunyai ciri-ciri yang sama.

"Maklumat mendapati sejumlah lima juta biri-biri Dorper diternak di Afrika Selatan dan banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengimport baka tersebut untuk dibiakkan di tempat mereka," katanya.

Dr. Mohmad menjelaskan, negara mengimport banyak daging biri-biri berbanding kambing. Ini kerana orang ramai tidak tahu membezakan antara daging kambing dan biri-biri.


Beza


"Daging kambing dikenali sebagai adalah chevon, manakala biri-biri adalah mutton dan biri-biri muda berusia empat bulan adalah lamb," jelas beliau.

Beza antara chevon dan mutton adalah kandungan kolestrolnya.

Walaupun kandungan kolestrol dalam biri-biri lebih tinggi berbanding kambing tetapi kajian menunjukkan mutton mengandungi lebih banyak kolestrol berbanding lamb.

Dr. Mohmad berkata, biasanya berat badan biri-biri Dorper antara 30 hingga 40 kilogram (kg) ketika berumur enam hingga lapan bulan belum mengumpulkan lemak yang tinggi berbanding biri-biri import.

Baka biri-biri Dorper dibawa masuk bagi memenuhi keperluan penternak di Pantai Timur.

Baka tempatan bermutu rendah dengan dewasa hanya mencapai berat badan 20 hingga 25 kg dalam masa dua tahun.

Manakala baka Dorper tulen pula boleh mencapai berat 30 hingga 35 kg hanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kambing Boer dengan pengurusan yang teratur dan makanan berkualiti boleh mencapai berat badan antara 25 hingga 30 kg dalam masa tiga atau empat bulan," katanya..

Seperti kambing Boer, biri-biri Dorper jenis rerambut dipilih kerana tidak menghadapi masalah ketegasan dan sesuai dengan keadaan lembap di negara ini.

Pengenalan baka biri-biri Dorper, kata Dr. Mohmad amat diperlukan memandangkan industri ternakan telah memberi sumbangan besar dalam pengeluaran makanan negara dengan jumlah RM5.729 billion.

Industri penternakan bukan ruminan seperti unggas telah menyumbang 94 peratus atau RM5.4 billion sementara sektor ruminan hanya enam peratus atau RM0.329 billion.

"Keperluan daging ruminan akan terus meningkat tahun demi tahun dan pergantungan kepada import perlu dikurangkan," katanya.

Justeru agensi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan tempatan dalam masa terdekat.

Industri ternakan ruminan perlu diteruskan dengan penumpuan kepada meningkatkan populasi pembiak.

Industri berkenaan perlu berkembang secara lebih agresif, sistematik serta moden dengan sekala komersial.














Pengenalan Baka Dorper


- Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.


- Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.


- Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.


- Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).


- Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai


- Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan


-Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun


- Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.


- Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan


- Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi


- Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan


- Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran


- Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.


- Pada masa ini terdapat 220 ekor Dorper tulen di negara ini dan MARDI sedang meningkatkan mutu baka sedia ada di Stesen MARDI, Kluang.

Di stesen MARDI Sungai Baging peningkatan genetik baka Dorper telah dilaksanakan melalui natural mating dan kaedah permanian beradas. Dijangka industri Dorper akan berkembang memandangkan bilangan import daging terus meningkat

Begitu la keistemawanya tentang DORPER ni. So kepada sesiapa yang berminat untuk menternak dorper sila la berhubung ditalian hayat kami atau tuan/puan boleh juga menemil kami
Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309

Isnin, 13 Oktober 2008

PENTERNAKAN KAMBING

PENDAHULUAN
Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.


TUJUAN PEMELIHARAAN
Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.