Daging Kambing Boer |
Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di
Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka. Kita terlalu
disuapkan dengan fakta-fakta yang berkaitan masalah kesihatan mengenai daging
ini tetapi yang musykilnya ciri-ciri kebaikannya pula jarang disebutkan
walaupun kebanyakkan punca masalah kesihatan yang berlaku kepada mereka yang
memakan daging sebenarnya datang dari sikap pengguna itu sendiri yang tidak
mengamalkan pengambilan diet yang tepat.
Antara Fakta yang tidak diketahui oleh pengguna yang mengambil
daging di dalam diet mereka:
-lemak daging kambing adalah hampir sama dengan lemak ayam iaitu
hampir 3%
-persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah
lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini
dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging
tersebut. (petikan kata seorang Pakar Biologi Pembiakan)
-bagi 100 gram daging kambing boer yang dipangang mengandungi 143
kalori, 27 program protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram
sodium, 75 miligram kolestrol.
-bagi setiap 3 auns daging kambing boer yang dimasak mengandungi
2.58gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri mengandungi 16gram
lemak dan 7.3 asid lemak tepu. Malah peratus lemak daging kambing boer adalah
lebih rendah daripada biri-biri dan lembu. Malah sebuah universiti di New York
memberi kan daging ini kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular
kerana mempercayai khasiatnya.
(awas! pastikan apa yang anda makan di kedai-kedai yang menyediakan menu
berkaitan dengan kambing pastikan ianya betul-betul adalah kambing dan bukan
biri-biri kerana secara logiknya disini lah datangnya fakta mengenai daging
kambing yang sebenar telah di manipulasikan, kerana atas faktor harga)
Hadis yang menyebutkan
khasiat makanan dalam islam yang ada menerangkan akan khasiat daging kambing…
“Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang
memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan.
Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak
akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing.
Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun“Kami
tidak keseorangan dalam mempromosikan daging boer yang berkualiti tinggi.