~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Rabu, 19 November 2008

Artificial Insemination - AI

Well kali ini saya bepeluang melawat Terraweena Boer Goat Stud. Terraweena terletak near Toowoomba di Qld.Terraweena Stud dimilik oleh ABS (Australia Breeding Services Pty.Ltd.) ABS is a leading breeder and supplier of Boer goats and white Dorper and Dorper. Terraweena terkenal amani stud terbaik. Terraweena ‘Burger’ adalah juara 2007 National Australia Grand Champion Buck. Di Terraweena saya berpeluang menyaksikan cara A1 dan kaeadah Embryos.Angus Burnett menerangkan saya bagaimana keadah itu di buat dan juga mememberikan saya beberapa peluang untuk memperkenal kaeadah tersebut di buat di Malaysia …… so ada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan kami….jangan segan-segan





Serba ringkas penerangan yang dapat saya huraikan dari penerangan Angus Burneet Smith
* Pengumpulan Semen
- Seekor kambing umpan digunakan untuk membenarkan baka kambing jantan memanjat ke atasnya bagi tujuan pengumpulan semen. Semen akan dikumpulkan di dalam organ betina buatan (AV) sejurus kambing jantan memanjat kambing umpan.

* Krioawetan Sperma
- Semen dicairkan dengan asid tris-citric yolk extender (TYACE). Straw bersaiz 0.5 mililiter yang dipenuhi dengan semen, dikalis dengan haba dan diletakkan di dalam peti sejuk pada suhu di antara empat darjah selsius sehingga tiga setengah jam. Selepas ekuilibrasi, straw diletakkan asap wap nitrogen cecair selama sembilan jam sebelum dijunam ke dalam nitrogen cecair dan disimpan di dalam tangki khas.

* Permanian Beradas (AI)
- Alat permanian dibalut menggunakan tuala kertas sementara vulva dibersihkan. Spekulum yang dilubrasi dimasukkan ke dalam organ betina perlahan-lahan untuk mengesan serviks. Hujung spekulum diletakkan di bahagian atas permukaan salur serviks sementara alat permanian dimasukkan menerusi spekulum ke dalam serviks. Semen diletakkan perlahan-lahan di hujung serviks sebelum uterus.