~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Jumaat, 21 November 2008

Pemindahan Embryo

Pemindahan Embrio
Beginilah caranya untuk memindahkan embrio yang disuperovulasi dan dimanupulasi ke dalam sistem pembiakan ibu tumpang untuk menghasilkan zuriat.

Khamis, 20 November 2008

Pemilihan Embryos Terreweena Stud





Terreweena juga terkenal dengan kejayaan penghasilan baka bermutu tinggi " Terreweena Burger" yang peranh memenangi Australian National Grand Champion Buck di tahun 2007 adalah hasil teknologi bantuan pembiakan yang digunakan bagi mendapatkan kambing boer bermutu tinggi

Pematangan, Persenyawaan dan Pengkulturan In vitro (IVMFC)
- Oosit dikumpulkan dari ovari yang diperoleh di rumah sembelihan. Medium tertentu digunakan untuk pematangan, persenyawaan dan pengkulturan embrio. Semua pengkultran oosit dan embrio dilakukan dalam inkubator dengan lima peratus karbon dioksida dan pada suhu 38 darjah celsius.

Pemindahan Embrio secara Laparoscopic (LET)
- LET dilakukan untuk memindahkan embrio yang disuperovulasi dan dimanupulasi ke dalam sistem pembiakan ibu tumpang untuk menghasilkan zuriat.

Penseksan Embrio
- Penentuan jantina embrio boleh dilakukan menerusi penentuan gen yang berkaitan dengan jantina menggunakan kaedah PCR. Secebis sel embrio dibiopsikan untuk penentuan gen manakala bakinya dikulturkan secara in vitro untuk pembelahan embrio ke peringkat blastosis.

Krioawetan Embrio
- Embrio boleh disimpan dengan lama di dalam tangki nitrogen cecair menggunakan pelbagai kaedah seperti alat sejuk beku terprogram, sejuk beku cepat, junaman terus dan vitrifikasi. Embrio disejuk-beku menggunakan agen kriopelindung (CPA) tertentu seperti glycero, DMSO, ethylene glycol dan sebagainya dan dimasukkan ke dalam straw sebelum disimpan di dalam tangki nitrogen cecair.

Pemindahan Gen
- Gen-gen tertentu seperti gen untuk pertumbuhan dan penghasilan susu serta protein-protein farmasutikal disuntik ke dalam embrio untuk menghasilkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan ekonomi atau perubatan. Protein-protein farmasutikal yang dihasilkan daripada kambing yang dilakukan pemindahan gen dapat diekstrak daripada susu kambing.

* Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
* Pemindahan Nukleus (Klon)

Rabu, 19 November 2008

Artificial Insemination - AI

Well kali ini saya bepeluang melawat Terraweena Boer Goat Stud. Terraweena terletak near Toowoomba di Qld.Terraweena Stud dimilik oleh ABS (Australia Breeding Services Pty.Ltd.) ABS is a leading breeder and supplier of Boer goats and white Dorper and Dorper. Terraweena terkenal amani stud terbaik. Terraweena ‘Burger’ adalah juara 2007 National Australia Grand Champion Buck. Di Terraweena saya berpeluang menyaksikan cara A1 dan kaeadah Embryos.Angus Burnett menerangkan saya bagaimana keadah itu di buat dan juga mememberikan saya beberapa peluang untuk memperkenal kaeadah tersebut di buat di Malaysia …… so ada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan kami….jangan segan-segan





Serba ringkas penerangan yang dapat saya huraikan dari penerangan Angus Burneet Smith
* Pengumpulan Semen
- Seekor kambing umpan digunakan untuk membenarkan baka kambing jantan memanjat ke atasnya bagi tujuan pengumpulan semen. Semen akan dikumpulkan di dalam organ betina buatan (AV) sejurus kambing jantan memanjat kambing umpan.

* Krioawetan Sperma
- Semen dicairkan dengan asid tris-citric yolk extender (TYACE). Straw bersaiz 0.5 mililiter yang dipenuhi dengan semen, dikalis dengan haba dan diletakkan di dalam peti sejuk pada suhu di antara empat darjah selsius sehingga tiga setengah jam. Selepas ekuilibrasi, straw diletakkan asap wap nitrogen cecair selama sembilan jam sebelum dijunam ke dalam nitrogen cecair dan disimpan di dalam tangki khas.

* Permanian Beradas (AI)
- Alat permanian dibalut menggunakan tuala kertas sementara vulva dibersihkan. Spekulum yang dilubrasi dimasukkan ke dalam organ betina perlahan-lahan untuk mengesan serviks. Hujung spekulum diletakkan di bahagian atas permukaan salur serviks sementara alat permanian dimasukkan menerusi spekulum ke dalam serviks. Semen diletakkan perlahan-lahan di hujung serviks sebelum uterus.

Sabtu, 15 November 2008

Lawatan Ke Chevredor



Perjalanan Ke Chevredor yang terletak di daerah Miles kira-kira 2 jam 30 min memandu dari Gold Coast memang bebaloi bukan saja dengan keramahan Laurie dan Rosemary bahkan sebahgian kambing-kambingnya juga agak ramah dan mesra rasa nak bawak balik ke Malaysia masa tu juga. Baka dari Bloodline "snake" wow memang cun-cun ... adussh ... Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat sendiri di www.chevredor.net/

Jumaat, 14 November 2008

Jauh berjalan luas pandangan

Setelah 2 tahun berkecimpomg dalam dunia perkambingan suka duka di harungi dengan kesyukuran . PB Ramunia telah memasukan berapa shipment sepanjang tahun 2007 dan 2008 dan pada julang julang kali pada tanggal 15hb Oktober sehinga akhir November ini saya berada di QLD & NSW Australia untuk berjumpa dan melihat sendiri farm mereka di sana.Di samping mencari baka-baka Boer dan Kalahari terbaik di Australia.Di QLD seperti yang anda sedia tahu ada beberapa nama farm yang terkenal seperti TERRAWEENA Boer goat Stud, CHEVREDOR Boer Goat Stud, YARRABE Boer Goat Stud WILLIAM Boer Stud dan yang lain-lainNya.
Di NSW pula seperti JIMboer Boer Goat Stud, PACIFICA Boer Goat Stud ILLOURA Park Boer, DUDAUMAN PARK dan lain-lain.

Sepanjang jangka masa hampir dua bulan saya menginap di Gold Coast dan akan mejelajah ke Farms tersebut dengan kereta sambil ingin menyelami pandangan di pendalaman Australia dan ingin mengetahwai betapa indahnya bumi cipatan Allah.

Loaksi pertama yang saya tuju Cheverdor, ianya terletak di Miles QLD. kira-kira 400 km daripada Gold Coast. Laurie & Rosemary menyambut kedatangan kami dengan ramah.
Banyak juga tips-tips yang mereka berikan sebagai panduan untuk menternak kambing Boer.
Cherverdor mengunakan baka dari bloodline snake bagi boer terbaik mereka.Stud mereka memang cun-cun …harga pun boleh tahan maklum je bloodline snake.Tapi memang tak rugi kalau dapat baka dari bloodline tersebut… umur 3 bulan tapi dah macam umur 5-6 bulan. ….. opsss letih pulak saya akan sambung lagi kemudian… dengan gambar-gambar bloodline snake di Chevredor.