Sebahgaian gambar-gambar yg. sempat diambil semasa shipment pada 24hb. Dec 2008.
Sabtu, 27 Disember 2008
Gambar-gambar ketibaan kambing Boer & Kalahari
Sebahgaian gambar-gambar yg. sempat diambil semasa shipment pada 24hb. Dec 2008.
Isnin, 22 Disember 2008
Apa itu Kalahari Red ????
Afrika Selatan Kambing Boer pada awalnya dikembangkan dan dibesarkan dengan cara pemilihan dalam ertikata pembiakan latihan atau percubaan, dari peribumi kambing di Afrika Selatan. Perkataan "Boer" di Belanda bererti "peladang" Kambing Boer yang pada awalnya di sebut sebagai "Kambing peladang".
Di Afrika Selatan, dari 1918, petani dan peternak tertentu sahaja dipilih untuk kambing berguna traits, seperti bebulu pendek. Berkembang biak yang telah dipilih secara deatil untuk quality yang baik daging yang banyak dan bermutu baik. Pada bulan Julai 1959, Goat Breeders’ Association telah dibentuk, di Timur Cape Afrika Selatan. Sejak saat itu, industri kambing Boer yang telah berkembang dan di iktirap sebagai kambing yang mempunyai daging yang bermutu di dunia.
Penilan yang ditingkatkan dan kambing Boer telah menjadi sangat dicari oleh peternak kambingdi seluruh duina, dan telah diekspor (biasanya melalui frozen embryos), dari Afrika Selatan ke berbagai-bagai benua. Pada awal tahun 1990-an, yang pertama kambing Boer tiba di quarantine di Australia.
Beberapa characteristic pada mulanya Afrika Selatan memilih untuk petani ini termasuk:
- Baik bentuk badan
- Tinggi kesuburan
- Banyak kelahiran
- Ibu kambing yang baik pada anak-anaknya
- Tingkat pertumbuhan awal
- Tahan penyakit
- Tumbuh besaran yang baik
Pada awalnya asal Boer Goats yang dipilih secara khusus adalah kambing-kambing warna putih bekepala merah.
Selanjutnya, secara keseluruhan kambing berjenis merah kemudianya dikembangbiakkan.
Sebahgaimana tertulis dalam South African Boer Goat News (2006)
satu-satnya perbezaan antara “Kalahari Red” dan jenis
kambing-kambing lainnya adalah warna. Kebijaksanaan
perkembangabiakan dari “Kalahari Red” (di Afrika Selatan)
sangatlah sederhana bahwa pembiak akan menyeleksi kambing-kambing berdasarkan karakterisik dan diharapkan kebijaksanaan tersebut akan mempercepatkan penghasilan yang lebih tinggi bagi perniagan penternakan Kambing Kalahari Red.
Boer Goats jenis merah yang dikembangkan berdasarkan
Ukuran standard Boer di Australia disebut Red Boers
Di khawinkan dengan Kambing Kalahari Red keturunnya didenifikasikan sebagai kambing-kambing Australian Reds. Keseluruhan ketegori tersebut di identified sebagi fullblood, yaitu 100% Boer bloodline dan selanjutnya terdaftar oleh Boer Goat Breeders Association of Australian (BGBAA)
Sabtu, 20 Disember 2008
Kurrajong Stud
KURRAJONG BOER STUD terletak di "Kurrajong Hills", Oakey Queensland, Kurrajong Boer Goat Stud adalah yang pertama di Australia untuk memiliki Peternakan kambing Boer dari quarantin. Kurrajong berkembang pesat dan jarang terlihat di luar Afrika Selatan dapat menandingi kehebatanya.
Kurrajong Boer Stud dengan kadar 800-900 kelahiran anak kambing setahun. Kurrajong membekalkan both stud dan commercial full blood bucks dan tidak sahaja untuk pelanggan di seluruh Australia malah telah berhasil membeklakannya ke Asia dan Pasifik.
Pembangunan infrastruktur telah dimulai pada 1991-92, domesticating Kambing Feral betina tidak dalam perrancangan untuk bergabung dengan Boer Bucks. Ianya berlaku hanya pada tahun 1996, ketika itu jumlah Buck menjadi banyak dan tersedia, maka pengbungan pertama pun terjadi. Pengambungan pertama dengan jumlah hampir 3,500 kambing betina.
Pada bulan Mei 1994 dan Peter Jeanette telah memeli 60 embryos yang diimpor ke Queensland melalui Gatton College. African Goat Flock bloodlines' ini menjadi sumber Kurrajong Boer Goat Stud.
Selama masa Kurrajong menjadi penternak kambing dan salah satu yang terbesar di Australia, Kurrajong menghimpun beberapa genetic yang terbaik di Australia,New Zealand dan secara terus dari Afrika Selatan. Kambing Boer penghasilan Kurrajong dapat menawarkan qualities kambing Boer yang amat sesuai dengan kehendak setiap peternak.
Kurrajong Stud meresmikan pembukaan ladangnya pada tahun 1996 di Oakey, Queensland. Ini dihadiri oleh sekitar 60 orang dan termasuk banyak pembeli dari luar negeri.
Pada waktu ini Kurrajong lebih menumpukan pada Kalahari Red' sebagi pertunjokan dan pertandingan dan telah beberapa kali memenanginya ,Peter Jeanette kerap menghadirkan diri di banyak menunjukkan, besar atau pun kecil, sepanjang tahun kalender. Kalahari red mereka dipilih dari lebih dari 100 Red Kalahari dan sekarang koleksi 30 -50 hewan yang secara luas dianggap salah satu yang terbaik.Red Kalahari dan Aussie Red Kalahari adalah pilihan mereka.
Peter dan Jeanette telah memberikan sumbangan yang besar kepada industri ini. Hari ini. Peter telah dilantik sebagai anggota Dewan Nasional dan Presiden untuk peternak terkenal dan peternak berhasil di Australia.
Jumaat, 19 Disember 2008
Gambar-gambar lawatan kami ke Kurrajong Stud
Sebahagian gambar di hari lawatan kami di Kurrajong Stud
Kalahari Red
KALAHARI RED - Adalah - sejenis kambing berasal dari Afrika Selatan. mengikut sejarah kambing Kalahari ini telah dipilih dari kambing yg mempunyai teliga lanjut yg telah didatangkan ke Selatan Afrika 2000 tahun lalu dari penternak dari Northern Cape Province Afrika Selatan dan Selatan Namibia terutama dari kawasan Gurun Kalahari. Kambing jenis ini amat cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca setempat, mempunyai reputasi sifat keibuan yang sangat baik serta lebih baik dari jenis boer. Kalahari Red juga tahan dari rintang dari pelbagai penyakit menyebabkan ianya lebih berdaya saing dan menjimatkan belanja pengurusan dan menjana kepada keuntangan pada penternak. Kalahari juga mempunyai warna yg sekata(jati merah) dengan itu menjadikan kambing ini tidak menghadapi masaalah kepada keadaan cuaca panas, kehangatan dan bahang matahari dinegara kita. Kambing Kalahari mempunyai daging merah yang rendah lemak .Menjadikan ianya sesuai dijadikan makanan kesihatan yang terbaik.Ibu Kalahari juga amat prihatin terhadap anak-anaknya.Amat mudah melahirkan anak. Betina Kalahari juga sangat subur dan dapat membekalan susu yang banyak pada anaknya. Anak yang baru lahir juga amat cergas ini memudahkan anak tersebut mendapakan susu dari ibunya. Dan ini menjadikan kadar kematian anak Kalahari agak rendah. Bagi anak yang baru cerai susu kadar purata berat badanya boleh mencapai 30 kg.
Kepada peminat/penternak Kambing Kalahari di Malaysia bolehlah membuat tempahan melalui kami ,kami sedia mendapatkan baka terbaik yang menjadi idaman anda.Kalahari Red yg boleh diperolehi dari Australia untuk dijadikan baka di Malaysia.
Khamis, 11 Disember 2008
Next Shipment
Isnin, 8 Disember 2008
PACKAGE KAMBING BOER
PAKEJ MINI
PAKEJ STATER KIT 1
1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
HARGA PAKEJ RM 4150.00
PAKEJ MINI
PAKEJ STATER KIT 2
1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
2 EKOR INDUK PUREBREED + HEALTHY CERTIFICATE
HARGA PAKEJ RM 4950.00
PAKEJ MINI
PAKEJ STATER KIT 3
1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
2 EKOR INDUK FULLBLOOD UNREGISTERED
2 EKOR INDUK PUREBREED + HEALTHY CERTIFICATE
HARGA PAKEJ RM 8750.00
PAKEJ EKONOMI
10 EKOR BOER DEWASA (PELBAGAI GRED)
(NEGOTIATEABLE
HARGA PAKEJ RM 15,000.00
PAKEJ MID-BUDGET
PAKEJ MAMPU 1
1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
9 EKOR INDUK F3/F4
HARGA PAKEJ RM 10,500.00
PAKEJ MID-BUDGET
PAKEJ MAMPU 2
1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
9 EKOR INDUKF3/F4
HARGA PAKEJ RM 10,300.00
PAKEJ KOMERSIAL
PAKEJ EMAS
1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
20 EKOR INDUK F5 (PUREBREED)
HARGA PAKEJ RM 32,000.00
PAKEJ KOMERSIAL
PAKEJ BERLIAN
1 EKOR PEJANTAN FULLBLOOD (ABGA REGISTERED)
1 EKOR INDUK FULLBLOOD (ABGA REGISTERED) 40 EKOR INDUK F5 (PUREBREED)
HARGA PAKEJ RM 60,000.00
Rabu, 3 Disember 2008
Shipment terbahru dari Queensland, Australia
FB Reg Buck snake bloodline 5-6 month old
FB Reg Buck snake bloodline 1 years old
Selasa, 2 Disember 2008
Chevredor dengan Golden GoatsNya
CHEVREDOR CONAN
Chevredor Conan (CHVFZ0342)This solid, straight young buck sired by Mericol Conan from an imported South African Tyson daughter, already has an impressive resume. Stud classified by Jackie Jordaan in May 2005, in his last appearance as a junior he was awarded Junior Champion Buck at Brisbane Royal 2005. Chevredor Conan will stand his first season for Chevredor in December before joining the 2006 show team.
FAIRFAX
Fairfax (K7DFX0247) Also purchased from Harfield Bestboer WA at the Sydney Royal Show 2005 where he was placed 4th in his classs. Fairfax was Reserve Champion Buck at the Perth Royal 2004 and continues to perform well for Chevredor. Another sire, stud classified by Jackie Jordaan, as an assurance of quality. Fairfax will have progeny available in 2006
JO DIRT
Jo Dirt (BIGFV0371) This son of “Karbo Tarzan” (Nico Botha breeding) was purchased by Chevredor at 18months old. He has been Chevredor’s most successful and consistent sire to date. Our current show team is dotted with his progeny and they continue to uphold his winning reputation. Jo Dirt is now jointly owned with Redrock Boers.
JUDD
Judd (K7DFY3165)Purchased from Harfield Bestboer, W.A.,at the Sydney Royal Show 2005 where he came 2nd in his class. This outstanding young buck, that has been stud classified by Jackie Jordaan, continues to perform well for Chevredor (click here for show results). A small number of stud classified does, in kid to Judd are available for sale. Progeny are available by order.
NUGGET
Nugget (CHVFY0096)This exceptional young buck (pictured at 12 months) had it all, length, depth and width, together with strong legs, good stance, perfect colour and excellent head and horn set. He had been shown only three times when he was tragically lost, leaving only a handful of progeny, most of which are on our junior show team. All progeny and related stock have been withdrawn from sale temporarily as we line-breed in an attempt to reproduce the exceptional characteristics of this magnificent young buck.
SNAKESnake (BIGFXHL26)Imported as an embryo from Du Raan SA this son of SA Holyfield was purchased in 2003 to complement our line of Holyfield does. This buck just keeps getting better. His impressive show record has been backed up by an impressive first crop of kids with good length and consistently wide stance. Stud classified by Jackie Jordaan, Snake represents another distinct bloodline offered by Chevredor and his stud classification, received from Jackie Jordaan is an assurance of quality.
BARZAN
Barzan (BIGFW0196)Barzan is a son of TARZAN from BARBIE (a VLEK daughter). Bringing these two famous lines together has produced a sire that consistently passes on his good head, and exceptional length and chest development. Barzan stands at Chevredor for Phillip Cassidy.
Jumaat, 21 November 2008
Pemindahan Embryo
Beginilah caranya untuk memindahkan embrio yang disuperovulasi dan dimanupulasi ke dalam sistem pembiakan ibu tumpang untuk menghasilkan zuriat.
Khamis, 20 November 2008
Pemilihan Embryos Terreweena Stud
Terreweena juga terkenal dengan kejayaan penghasilan baka bermutu tinggi " Terreweena Burger" yang peranh memenangi Australian National Grand Champion Buck di tahun 2007 adalah hasil teknologi bantuan pembiakan yang digunakan bagi mendapatkan kambing boer bermutu tinggi
Pematangan, Persenyawaan dan Pengkulturan In vitro (IVMFC)
- Oosit dikumpulkan dari ovari yang diperoleh di rumah sembelihan. Medium tertentu digunakan untuk pematangan, persenyawaan dan pengkulturan embrio. Semua pengkultran oosit dan embrio dilakukan dalam inkubator dengan
Pemindahan Embrio secara Laparoscopic (LET)
- LET dilakukan untuk memindahkan embrio yang disuperovulasi dan dimanupulasi ke dalam sistem pembiakan ibu tumpang untuk menghasilkan zuriat.
Penseksan Embrio
- Penentuan jantina embrio boleh dilakukan menerusi penentuan gen yang berkaitan dengan jantina menggunakan kaedah PCR. Secebis sel embrio dibiopsikan untuk penentuan gen manakala bakinya dikulturkan secara in vitro untuk pembelahan embrio ke peringkat blastosis.
Krioawetan Embrio
- Embrio boleh disimpan dengan lama di dalam tangki nitrogen cecair menggunakan pelbagai kaedah seperti alat sejuk beku terprogram, sejuk beku cepat, junaman terus dan vitrifikasi. Embrio disejuk-beku menggunakan agen kriopelindung (CPA) tertentu seperti glycero, DMSO, ethylene glycol dan sebagainya dan dimasukkan ke dalam straw sebelum disimpan di dalam tangki nitrogen cecair.
Pemindahan Gen
- Gen-gen tertentu seperti gen untuk pertumbuhan dan penghasilan susu serta protein-protein farmasutikal disuntik ke dalam embrio untuk menghasilkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan ekonomi atau perubatan. Protein-protein farmasutikal yang dihasilkan daripada kambing yang dilakukan pemindahan gen dapat diekstrak daripada susu kambing.
* Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
* Pemindahan Nukleus (Klon)
Rabu, 19 November 2008
Artificial Insemination - AI
Serba ringkas penerangan yang dapat saya huraikan dari penerangan Angus Burneet Smith
* Pengumpulan Semen
- Seekor kambing umpan digunakan untuk membenarkan baka kambing jantan memanjat ke atasnya bagi tujuan pengumpulan semen. Semen akan dikumpulkan di dalam organ betina buatan (AV) sejurus kambing jantan memanjat kambing umpan.
* Krioawetan Sperma
- Semen dicairkan dengan asid tris-citric yolk extender (TYACE). Straw bersaiz 0.5 mililiter yang dipenuhi dengan semen, dikalis dengan haba dan diletakkan di dalam peti sejuk pada suhu di antara empat darjah selsius sehingga tiga setengah jam. Selepas ekuilibrasi, straw diletakkan asap wap nitrogen cecair selama sembilan jam sebelum dijunam ke dalam nitrogen cecair dan disimpan di dalam tangki khas.
* Permanian Beradas (AI)
- Alat permanian dibalut menggunakan tuala kertas sementara vulva dibersihkan. Spekulum yang dilubrasi dimasukkan ke dalam organ betina perlahan-lahan untuk mengesan serviks. Hujung spekulum diletakkan di bahagian atas permukaan salur serviks sementara alat permanian dimasukkan menerusi spekulum ke dalam serviks. Semen diletakkan perlahan-lahan di hujung serviks sebelum uterus.
Sabtu, 15 November 2008
Lawatan Ke Chevredor
Perjalanan Ke Chevredor yang terletak di daerah Miles kira-kira 2 jam 30 min memandu dari Gold Coast memang bebaloi bukan saja dengan keramahan Laurie dan Rosemary bahkan sebahgian kambing-kambingnya juga agak ramah dan mesra rasa nak bawak balik ke Malaysia masa tu juga. Baka dari Bloodline "snake" wow memang cun-cun ... adussh ... Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat sendiri di www.chevredor.net/
Jumaat, 14 November 2008
Jauh berjalan luas pandangan
Di NSW pula seperti JIMboer Boer Goat Stud, PACIFICA Boer Goat Stud ILLOURA Park Boer, DUDAUMAN PARK dan lain-lain.
Sepanjang jangka masa hampir dua bulan saya menginap di Gold Coast dan akan mejelajah ke Farms tersebut dengan kereta sambil ingin menyelami pandangan di pendalaman Australia dan ingin mengetahwai betapa indahnya bumi cipatan Allah.
Loaksi pertama yang saya tuju Cheverdor, ianya terletak di Miles QLD. kira-kira 400 km daripada Gold Coast. Laurie & Rosemary menyambut kedatangan kami dengan ramah.
Banyak juga tips-tips yang mereka berikan sebagai panduan untuk menternak kambing Boer.
Cherverdor mengunakan baka dari bloodline snake bagi boer terbaik mereka.Stud mereka memang cun-cun …harga pun boleh tahan maklum je bloodline snake.Tapi memang tak rugi kalau dapat baka dari bloodline tersebut… umur 3 bulan tapi dah macam umur 5-6 bulan. ….. opsss letih pulak saya akan sambung lagi kemudian… dengan gambar-gambar bloodline snake di Chevredor.
Rabu, 22 Oktober 2008
Lokasi PB Ramunia
Ciri Ciri Boer
Boer FB Buck
CIRI_CIRI khusus untuk kambing jantan Boer terbaik adalah terbahagi kepada beberapa sudut :-
Leher pejantan perlu besar dan panjang. ini memberi jumlah daging yg banyak. jantan yg memiliki leher yg sebegini amat senang membesar jika nutrien nya cukup dan ketinggian nya menolongnya untuk kawin dengan lebih aggresive. Kaki serta bahagian depan badannya perlu lebih tinggi dari dari bahagian belakang. ini penting untuk memanjat dan mengawan Kambing betina tersebut. senang untuk melaraskan alat jantinanya dan kena tepat pada alat jantina si betina. Badan jantan perlu panjang, tidak lurus serta mesti ada curve pada pinggulnya yg sedikit menaik dari bahagian tengah badan. curve di bahagian pinggul itu perlu bulat jika dilihat dari sisi dan juga belakang kambing. perut tidak terlalu besar dan tidak bulat. ini satu ciri yg penting. pinggul yg sebegini memberikan lebih daging dan bahagian belakang ini mempunyai nilai yg tinggi jika kita jual on special cut. Perut yg besar serta bulat tidak mempunyai nilai2 komersial yg tinggi pasal tiada daging. cuma jumlah najis yg menurunkan peratus karkas.
Zakar kambing perlu juga di teliti. Bila kambing ni tergeliat atau beriadah, seringkali zakar nya keluar, pada masa nih, perhatikan cara zakar itu keluar dan masuk, pilih jantan yg zakarnya keluar straight dah agak lurus. maksudnya yg smooth jer kuar masuknya. jangan malu2 untuk intai2 si jantan ni. Ni penting untuk poket kita di masa depan. testicles atau telur nya juga perlu di perati, di raba dan di nilai. pilih yg telurnya besar, rapat pada badan..tidak lanjut, saiz kanan dan kiri sama serta berbentuk bulat curve di bawahnya. tiada benjolan jika diraba serta tidak ada luka dan kudis. ini penting untuk penghasilan sperma berkualiti serta banyak dan dapat di pancutkan dengan baik dalam vagina si betina.Paha kambing jantan tu perlu besar, lebar dan menampak kan yg dia ada daging. jangan pilih yg ala ala nak berdaging jer. tu biasanya kurang potensi bila kita gemuk kan.Cara jantan tu jalan pulak kita kena tengok juga. Perhatikan step dia, pilih yg tegap jalan nya yg.macho jalannya, mendada dan kepala asik mendongak. jenis ni cepat sket bereaksi bila ada betina ngurat. yg jenis tunduk pulak ganas bila buat “kerja” tapi lembab sket bab ayat betina. Dan yg paling penting, gunakan baka jantan boer yg fullblood dan mempunyai latar belakang penternak asal yg di ketahui. senang nanati nak refer atau nak buat analisa.
Boer FB Does
Cara yg boleh diguna pakai adalah bedasarkan pemerhatian beberapa karakter fizikal nya termasuk body score dan keadaan kambing tersebut. banyak rujukan yang boleh dibaca cuma secara jujur, susah nak apply. benda ni kena learn through experience… tu penting
Biasanya, anda cari fulblood yang cantik dan buat sebagai benchmark. maknanya, ambik boer crosses dan compare dengan fullblood betina nih. kalau lebih mirip pada fullblood doe dia punya apperance maka tinggi jugalah darah boer dalam peratusan darahnya. Roman nose, neck, body length, horn dan standing posture tu antara ciri2 yg buleh di jadikan tauladan nak buat comparison. Biasa nya ciri2 yg dekat dengan fullblood mewakili F5 keatas
yg sedang2 sket F4 dan lebih dekat ngan feral punya karakter adalah F3 dan yang mcm feral adalah F2. Bagi meamatan saya, to be fair, always look at the appearance kambing tersebut. Boer is a meat goat, so body should be round and fat. kaki kurus and perut besar jgn ambik. tinggi sgt badan nya pun fault juga. leher shed should be long and wide. and yg paling penting berat nya lebih tapi umurnya kurang...
Feral
Feral Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya keseluruh dunia, termasok Malaysia.
Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.
Boer F2
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.
Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya
sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.
Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir
sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka.
Selasa, 14 Oktober 2008
Kambing Untuk Dijual
BREED | PRICE RM |
Registered Fullblood Buck | From RM 2,500 |
Unregistered Full Blood Buck | From RM 1,600 |
Purebreed (F5/F6) | From RM 1,180 |
Young Buck Reg. 4 - 6month | From RM 1,400 |
Registered Fullblood Doe | From RM 2,100 |
Young Buck 4-6month Un.Reg. | From 800 |
F3/F4 Doe | RM 800- 980 |
F1/F2 Doe | RM 700- 790 |
Feral Doe | RM 480-580 |
Aqiqah/Korban (Slaughtering) Wether Boer Male/female Boer Sheep | From RM 500 – 700 From RM 550- 750 |
Gambar Kemasokan Baka Kambing Boer dari Australia ke Malaysia
Sebahagian kambing-kaming ini telah di tempah dari pembeli dan di ambil di KLIA.
Sebahagian daripada kambing-kambing tersebut yang di hantar ke destinasi pembeli.
Salah Faham Mengenai Daging Kambing
BERNAMA COM
14 Ogos, 2007 10:07 AM
Oleh Soraya Jamal
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bagi mereka yang bijak dan teliti menilai makanan, tentu memeranjatkan apabila ada di antara mereka mempunyai tanggapan yang salah apabila bercakap tentang daging kambing yang selalu disebut "mutton" di dalam bahasa Inggeris.Bertentangan dengan apa yang difahami selama ini, "mutton" sebenarnya bukanlah daging kambing sebaliknya adalah daging kambing biri-biri yang sudah tua.Di negara-negara Barat, daging kambing sering disebut sebagai "Chevon". Manakala daging kambing muda, disebut sebagai "cabrito" atau "capretto".Masih ramai yang tidak menyedari bahawa 63 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari di seluruh dunia adalah daging kambing dengan Australia sebagai pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti.Di Malaysia, permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor.Pertama, pengguna tidak tahu di mana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biri-biri tua dan daging biri-biri.Faktor kedua pula, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.SALAH TANGGAPANSalah tanggapan ini menyebabkan orang Malaysia mengelak makan daging kambing, yang khasiatnya bertentangan dengan daging biri-biri tua.Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.Menurut Pengarah Urusan Majestic Boer Farm Sdn Bhd, Yeow Joo Kwang, salah tanggapan yang biasa terhadap daging kambing ialah daging tersebut dianggap sebagai 'mutton', yang mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, berbau hamis dan hanya sesuai dimasak dengan kari.Tidak seperti daging biri-biri atau biri-biri tua, daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu yang jauh lebih rendah dan hidangannya juga boleh dipelbagaikan berbanding daging lembu dan daging biri-biri.Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit.Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.RASA LEBIH BAIKSecara keseluruhannya tidak ada daging kambing yang dapat menandingi kambing Boer dari Afrika Selatan dari segi rasa dan kelazatannya. Inilah sebabnya daging tersebut mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat.Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.Usia untuk disembelih adalah faktor utama yang menjamin keseluruhan rasa serta nilai nutrisi daging tersebut. Daging kambing dari Lembah Boer disembelih apabila mencapai usia 8-12 bulan.Pada usia ini, dagingnya mengandungi nutrisi yang tinggi, lebih rendah lemak tepu dan kolesterolnya. Dagingnya juga lebih lembut dan basah.Faktor lain pula ialah kandungan lemak. Apabila kandungan lemaknya rendah, daging tersebut tidak berbau kuat seperti yang sering terdapat pada daging kambing atau biri-biri yang lain.Makanan kambing dari Lembah Boer adalah 100 peratus organik -- iaitu rumput Napier yang tumbuh di ladang seluas 20 ekar milik syarikat ini di Tapah.Makanan tambahannya adalah daripada serat yang dihasilkan daripada isi buah kelapa sawit, kulit kacang soya dan jagung.Ia bertujuan memastikan haiwan ternakan tersebut mendapat sumber serat dan protein yang tinggi.Selain daripada itu, kambing-kambing ini juga memerlukan air galian yang tinggi kualitinya. Sumber ini diperoleh daripada sumber air galian semula jadi daripada air terjun Lata kinjang berdekatan Tapah.BOLEH DIPELBAGAIKANKebanyakan orang mendapati daging kambing memiliki bau yang sangat kuat. Apabila dimasak dengan kari, rempah yang digunakan dapat melindungi bau tersebut.Lebih ramai orang Melayu dan India yang makan daging kambing berbanding kaum Cina. Masyarakat Cina kurang mahir memasak menggunakan kari, tetapi dengan adanya daging kambing Boer, bau yang sinonim itu dapat diatasi.Daging kambing ini dapat menghasilkan hidangan kari India yang sangat lazat dan apabila dibakar, mengeluarkan aroma dan rasa yang sungguh enak.Yeow berkata apabila rakyat Malaysia memahami bahawa daging kambing memberikan alternatif yang lebih sihat berbanding daging lain yang selalu dimakan, permintaan ke atasnya akan meningkat.Dibandingkan dengan daging lembu dan daging babi, daging kambing lebih popular di pasar kerana ia tidak melibatkan batasan agama. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya, kata beliau.Memandangkan masyarakat Malaysia yang gemarkan makanan yang sihat, inilah masanya restoran-restoran menyediakan resipi-resipi baru dan mempromosikan daging kambing, khususnya daging kambing boer.Dalam masakan, daging kambing boleh dipelbagaikan dengan cara masakan yang berbeza.-- BERNAMA