~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Memaparkan catatan dengan label Dorpers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dorpers. Papar semua catatan

Selasa, 26 Mei 2009

Biri-biri Pelengkap Kambing

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my


Ternakan biri-biri boleh dikatakan masih baru kerana tidak terdapat penternak yang mengusahakannya secara komersial berbanding kambing.

Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan industri daging kambing dan biri-biri untuk mengurangkan pergantungan kepada daging import.

Pada tahun 2005, bekalan daging kambing dan biri-biri import di pasaran tempatan melebihi 15,000 tan metrik atau 92.6 peratus daripada bekalan keseluruhan.

Populasi biri-biri tempatan dianggarkan berjumlah 115,500 ekor dan jumlah ini akan mempengaruhi pembangunan industri biri-biri negara.

Industri biri-biri boleh dikatakan masih di peringkat 'bayi' walaupun ternakan biri-biri sudah lama bertapak di sini.

Selama ini ternakan biri-biri dijalankan secara tradisional.

Walaupun baka seperti Dorset, Wiltshire horn, Suffolk dan biri-biri rerambut seperti Bali-Bali, Barbados Black Belly dan St. Ines dibawa masuk sejak 20 tahun lalu bagi meningkat prestasi biri-biri tempatan atau Malin tetapi baka yang dibentuk tidak pernah stabil.

Antara penyebab kelembapan industri biri-biri di negara ini adalah kekurangan baka berkualiti dan subur.

Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohmad Mustafa berkata, biri-biri Dorper yang berasal dari Afrika Selatan merupakan baka baru yang berpotensi diternak di negara ini.

"MARDI telah mula membawa masuk baka Dorper dari Afrika Selatan sejak tahun 2006 bagi penilaian sebagai baka pejantan (terminal meat sire breed) untuk dikacukkan dengan biri-biri betina tempatan.

"Biri-biri Dorper yang dibawa masuk ditempatkan dalam ladang integrasi kelapa di stesen MARDI, Sungai Baging, Kuantan, Pahang," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kali kedua pada Julai tahun lalu, MARDI membawa masuk 220 ekor baka Dorper tulen dari Afrika Selatan.

Sebanyak 200 ekor betina dan 20 ekor jantan dibawa masuk bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI untuk mengkaji kesesuaian baka dalam iklim dan persekitaran tempatan bertujuan penggandaan baka tulen dan kacukan dengan biri-biri tempatan.

Hasil kajian awal mendapati 150 ekor anak dilahirkan daripada baka pejantan Dorper yang dihasilkan di Sungai Baging telah menunjukkan pertambahan kadar tumbesaran lebih 30 peratus jika dibandingkan dengan anak biri-biri dari baka kacukan lain.

Dr. Mohmad berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mula menternak biri-biri Dorper di beberapa buah ladang di Johor.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, baka biri-biri Dorper adalah setanding dengan kambing Boer.

''Jika kambing Boer sesuai dengan pelbagai jenis cuaca, biri-biri Dorper mempunyai ciri-ciri yang sama.

"Maklumat mendapati sejumlah lima juta biri-biri Dorper diternak di Afrika Selatan dan banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengimport baka tersebut untuk dibiakkan di tempat mereka," katanya.

Dr. Mohmad menjelaskan, negara mengimport banyak daging biri-biri berbanding kambing. Ini kerana orang ramai tidak tahu membezakan antara daging kambing dan biri-biri.


Beza


"Daging kambing dikenali sebagai adalah chevon, manakala biri-biri adalah mutton dan biri-biri muda berusia empat bulan adalah lamb," jelas beliau.

Beza antara chevon dan mutton adalah kandungan kolestrolnya.

Walaupun kandungan kolestrol dalam biri-biri lebih tinggi berbanding kambing tetapi kajian menunjukkan mutton mengandungi lebih banyak kolestrol berbanding lamb.

Dr. Mohmad berkata, biasanya berat badan biri-biri Dorper antara 30 hingga 40 kilogram (kg) ketika berumur enam hingga lapan bulan belum mengumpulkan lemak yang tinggi berbanding biri-biri import.

Baka biri-biri Dorper dibawa masuk bagi memenuhi keperluan penternak di Pantai Timur.

Baka tempatan bermutu rendah dengan dewasa hanya mencapai berat badan 20 hingga 25 kg dalam masa dua tahun.

Manakala baka Dorper tulen pula boleh mencapai berat 30 hingga 35 kg hanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kambing Boer dengan pengurusan yang teratur dan makanan berkualiti boleh mencapai berat badan antara 25 hingga 30 kg dalam masa tiga atau empat bulan," katanya..

Seperti kambing Boer, biri-biri Dorper jenis rerambut dipilih kerana tidak menghadapi masalah ketegasan dan sesuai dengan keadaan lembap di negara ini.

Pengenalan baka biri-biri Dorper, kata Dr. Mohmad amat diperlukan memandangkan industri ternakan telah memberi sumbangan besar dalam pengeluaran makanan negara dengan jumlah RM5.729 billion.

Industri penternakan bukan ruminan seperti unggas telah menyumbang 94 peratus atau RM5.4 billion sementara sektor ruminan hanya enam peratus atau RM0.329 billion.

"Keperluan daging ruminan akan terus meningkat tahun demi tahun dan pergantungan kepada import perlu dikurangkan," katanya.

Justeru agensi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan tempatan dalam masa terdekat.

Industri ternakan ruminan perlu diteruskan dengan penumpuan kepada meningkatkan populasi pembiak.

Industri berkenaan perlu berkembang secara lebih agresif, sistematik serta moden dengan sekala komersial.














Pengenalan Baka Dorper


- Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.


- Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.


- Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.


- Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).


- Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai


- Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan


-Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun


- Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.


- Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan


- Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi


- Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan


- Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran


- Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.


- Pada masa ini terdapat 220 ekor Dorper tulen di negara ini dan MARDI sedang meningkatkan mutu baka sedia ada di Stesen MARDI, Kluang.

Di stesen MARDI Sungai Baging peningkatan genetik baka Dorper telah dilaksanakan melalui natural mating dan kaedah permanian beradas. Dijangka industri Dorper akan berkembang memandangkan bilangan import daging terus meningkat

Begitu la keistemawanya tentang DORPER ni. So kepada sesiapa yang berminat untuk menternak dorper sila la berhubung ditalian hayat kami atau tuan/puan boleh juga menemil kami
Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309

Isnin, 30 Mac 2009

Lagi Info Tentang Dorper





Stud Objectives
Pejantanan Dorper (Ram)


  • Kejantan yang gagah

  • Bentuk badan yg. kukuh dan sasa

  • Muscled yang kuat

  • Awal matang

  • Ketabahan dan beradaptasi dengan kondisi basah dan kering amat sesuai di pelihara biak di Malaysia

Indok Dorper (Ewes)


  • Indok yang feminine Para ibu yang memberi perlindungan yang baik pada anaknya.

  • Panjang kehidupan reproduksi Kualiti susu yang baik

Kesuburan Anak Dorpers (Lambs)


  • Anak dorper yang kuat

  • Tahan lasak untuk terus hidup

  • Awal mengenali tumbuhan hijau sebagai bahan makanan

  • Dapat bertahan walau dalam kondisi yg. kering

  • Awal matang

Anak dorper Prime


  • Dressing berat lebih 50%

  • Daging yang lembut

  • Kadar lemak yang rendah

  • Quality kulit yg bermutu

  • Amat mudah stabil dengan persekitaran barunya.

  • Mudah untuk cara feedlots atau bebas.


Isnin, 23 Mac 2009

Pengenalan Dorper dan white Dorper

Salam, serba cikit info yg. bakal menemui anda untuk shipment Mei 2009
Dorpers dan white Dorpers - Stud and Comersial





Dorper biri-biri pedaging yang cepat berkembang biak. Dorper yang merupakan binatang yang mudah diternak selain daging Dorpers juga menghasilkan kapas dari wool yang ada pada akhir musim bunga ke musim panas. Ia berkembang biak di Afrika Selatan dan sekarang kedua paling popular di Negara tersebut.
Dorper dapat berkembang biak dengan baik walaupun hidup di wilayah yang gersang di Afrika Selatan. Dorper memiliki kesuburan tinggi dan ibu baik, dikombinasikan dengan tingkat pertumbuhan tinggi serta tabah. Dorper yang memiliki kepala hitam di kelaskan sebagi “Dorper” sementara yang berkepala putih di kelaskan sebagai “White Dorper”.



Sejarah Dorper ia berkembang biak dan dikembangkan di Afrika Selatan pada 1930 dari kacukan biri-biri berkepala hitam dengan Persian ewes dengan Dorset Horn ram. Dengan takdir Allah terhasilah biri-biri yg. bergelar Dorper yg dapat menghasilkan carcass berkuliti dan bermutu tinggi di bawah kondisi yang ekstensif. Persia berkepala hitam yang telah dipilih dan amat sesuai dengan daya ketahanan yg. tinggi, ketabahan dan kemampuan sebagai ibu yg. baik. Dorset Horn yang telah dipilih untuk pertumbuhan cepat dan harga carcass bernilai serta bermutu. Breeding program yang dihasilkan dalam pembiakan dorpers berkepala hitam dan putih mempercepakan pembanguan dorper.Kini dorper menjadai angka kedua terbesar di Afrika Selatan. Dorper akhirnya diperkenalkan ke Australia pada tahun 1996 dan memiliki potensi untuk dikembangkan untuk pasaran daging tempatan serta sebagi bahan eksport ke negara lain am Nya.


The Standard of Excellence
Conformation:
Head
Strong and long, with large eyes, widely spaced and protectively placed. Strong nose, strong well-shaped mouth with well-fitted deep jaws. The forehead must not be dished. The size of the ears must be in relation to the head. A developed horn base or small horns are the ideal. Heavy horns are undesirable but permissible. The head must be covered with short, dullish black hair in the Dorper and dull, white hair in the White Dorper. The head must be dry i.e. without indications of fat localization. " Fore-quarter and neck:The neck should be of medium length, well-fleshed and broad and well-coupled to the forequarters. Shoulders should be firm, broad and strong. A moderate protrusion of the brisket beyond the shoulders, moderate width and good depth are the ideal. Forelegs must be strong, straight and well-placed with strong pasterns and hoofs not too widely split. Weak pasterns and X legs must be discriminated against according to degree. Shoulders which appear loose, a brisket which slants up too sharply with no projection beyond the shoulders, crooked legs and weak walking ability, are faulty.


Barrel
The ideal is a long, deep wide body, ribs well sprung, loin broad and full. The sheep must have a long straight back and not a "devil's grip". A slight dip behind the shoulders is permissible.


Hind-quarterA long and wide rump is the ideal. The inner and outer twist to be well fleshed and deep in adult animals. The hind legs must be strong and well-placed, with sturdy feet and strong pasterns. Faulty pasterns must be discriminated against according to degree. The hocks must be strong without a tendency to turn in or out. Sickle, bandy or perpendicular hocks are culling faults.


Udder and sex organs
A well-developed udder and sex organs are essential in the ewe. The scrotum of the ram should not be too long and the testicles should be of equal size and not too small. A split scrotum is undesirable.

General appearance
The sheep should be symmetrical and well-proportioned. A calm temperament with a vigorous appearance is the ideal.


Good mothering qualities
The Dorper ewe is a very good mother and protective of her young. Multiple births are common, with some instances of triplets recorded. Lambs are extremely mobile at birth and survival rates are high. The Dorper ewe produces a large quantity of milk, aiding lamb survival and early growth.

Good grazing habitsThey are non-selective grazers. Experience so far suggests that Dorpers can adapt to most grazing conditions. There is evidence that they prefer fibre to grains and they respond well to good quality hay.Purebred lambs will start to graze in the first few days after birth. F1 lambs after about two weeks.The Dorper can be advantageously incorporated into under-utilized pastures of lesser quality, thus converting a poor asset into profit.




Fast growingDorper lambs have an inherent growth potential (ability to graze at an early age) They grow rapidly and can attain a high weaning weight.Dorpers respond well to increased planes of nutrition, giving growers the potential to increase weights rapidly in response to market demands.Weight Gain-The Dorper lamb grows rapidly and attains a high weaning weight which again is an economically important characteristic in the breeding of mutton sheep. A live weight of about 36 kg can be reached by the Dorper lamb at the age of 3- 4 months. This ensures a high quality carcass of approximately 16 kg.



Untuk pertanyaan dan ordering
Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us !!

Zizan 0197917309