~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Jumaat, 19 Disember 2008

Kalahari Red

















KALAHARI RED - Adalah - sejenis kambing berasal dari Afrika Selatan. mengikut sejarah kambing Kalahari ini telah dipilih dari kambing yg mempunyai teliga lanjut yg telah didatangkan ke Selatan Afrika 2000 tahun lalu dari penternak dari Northern Cape Province Afrika Selatan dan Selatan Namibia terutama dari kawasan Gurun Kalahari. Kambing jenis ini amat cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca setempat, mempunyai reputasi sifat keibuan yang sangat baik serta lebih baik dari jenis boer. Kalahari Red juga tahan dari rintang dari pelbagai penyakit menyebabkan ianya lebih berdaya saing dan menjimatkan belanja pengurusan dan menjana kepada keuntangan pada penternak. Kalahari juga mempunyai warna yg sekata(jati merah) dengan itu menjadikan kambing ini tidak menghadapi masaalah kepada keadaan cuaca panas, kehangatan dan bahang matahari dinegara kita. Kambing Kalahari mempunyai daging merah yang rendah lemak .Menjadikan ianya sesuai dijadikan makanan kesihatan yang terbaik.Ibu Kalahari juga amat prihatin terhadap anak-anaknya.Amat mudah melahirkan anak. Betina Kalahari juga sangat subur dan dapat membekalan susu yang banyak pada anaknya. Anak yang baru lahir juga amat cergas ini memudahkan anak tersebut mendapakan susu dari ibunya. Dan ini menjadikan kadar kematian anak Kalahari agak rendah. Bagi anak yang baru cerai susu kadar purata berat badanya boleh mencapai 30 kg.

Kepada peminat/penternak Kambing Kalahari di Malaysia bolehlah membuat tempahan melalui kami ,kami sedia mendapatkan baka terbaik yang menjadi idaman anda.Kalahari Red yg boleh diperolehi dari Australia untuk dijadikan baka di Malaysia.