~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Jumaat, 8 Oktober 2010

Dorper panduan peratusan kepada pendarahan cross bred

F1 = ½ or 50%
F2 = ¾ or 75%
F3 = 7/8 or 87.5%
F4 = 15/16 or 93.75%
F5 = 31/32 or 96.88%
F6 = 63/64 or 98.84%

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Raya








KAMI WARGA PB RAMUNIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA TERDAPAT KESILAPAN YANG TIDAK KAMI SENGAJAKAN SEPANJANG MELALUI PERJALANAN SEBAGAI SEORANG PENTERNAK. SEMOGA RAYA TAHUN INI KITA MENDAPAT KEBERKATAN INSYAALLAH.

Ahad, 15 Ogos 2010

Dairy Goats

سلامعليكمl

Sesiapa yang berminat nak dapatkan kambing baka tenusu FB registered British Alpine/saanen/Anglo Nubian boleh membuat tempahan sekarang. Perlukan confirmation daripada sesiapa yang berminat untuk bawa masuk dari Australia. Stok ada dalam 200 ekor. Harga Boleh dirunding.Dapatkan harga discount pada yang membeli lebih dari 20 ekor.






Anak-anak British Alpine yg so cute sedang bekumpul untuk memanaskan badan...maklum je winter di Australia

Jumaat, 7 Mei 2010

Shipment Feral Kembali Lagi


Salam, pertengahan Mei 2010 shipment untuk farel CONFIRMMM salin gigi sampai dalam 4 crates. So kepada yang ingin stock boleh lah berhubung dengan saya. Zizan 019 7917309.Berat 35-45kg harga RM460 minima 10ekor ambil di kargo.











Rabu, 5 Mei 2010

Boer x wethers



salam .... tempahan untuk boer wethers kini di buka lagi untuk shipment akhir Mei- Jun 2010.
Sesiapa yg berminat untok di jadikan stock bolehlah membuat tempahan sekarang.....


Pls email us at pbramunia7@gmail.com or Call us Azizan 019 7917309

Khamis, 15 April 2010

Dorper Kembali Lagi




Sebahagain gambar dorper yg sempat diambil





Yang nie pulak gambar bakal Tokoh Bapa Mithali 2010

Salam untuk makluman bagi peminat-peminat bebiri DORPER shipment awal Mei nie kami akan bawa sekali 10 ekor FB Dorper Rams dengan Certificate berat 50-60kg harga yang kami tawarkan Ex KLIA adalah RM 2650.00 per ekor sementara dorper ewes (betina) berharga RM 1,300.00 per ekor bagi grade F3/F4 sementara purebreed RM 1,550.00 so kepada sesiapa yang berminat boleh la membuat tempahan,sebelom kehabisan stock.


Untuk F3/F4 tidak semua kepala berwarna hitam biasanya samar-samar hitam sahaja tidak bebulu lebat
Bagi F5 keatas 100% semua berkepala hitam. Kacukan adalah dengan biri-biri Damara dan juga Marino. Berbulu tipis
Kitaran berat sekitar 40kg


p/s harga boleh di runding untuk pembelian yg lebih dari 10 ekor




Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us Azizan 
019 7917309

Selasa, 13 April 2010

Stock Feral





Salam semua. Bagi mereka –mereka yang berminat sila buat tempahan untuk Feral Akikah bagi shipment pada 27hb April 2010.
Avg berat 40kg (40-45kg) Ex KLIA - RM490.00 minimum order 10 ekor

Avg berat 35kg Ex KLIA - RM 450 minimum order 10 ekor



* Penghantaran ‘bisa di atur” kemana sahaja di Semenanjung asalkan tuan pembeli sanggup bayar kosnya :)



Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call Azizan 
019 7917309

Sabtu, 3 April 2010

Kambing Slaugther

Rakan –rakan ternak sekalian.. pertimbangkan laaa untuk jadikan jualan kambing akikah/pedaging sebagai aktiviti utama projek ternakan saudara, yang pasti hasil jualan ini boleh diperolehi paling tidak sebulan pasti ada yang perlu untuk buat akikah anak atau kenduri kendara breeding tu berding jugak tapi kalau dalam bigger scale memang berbaloi, tambahan dengan pelbagai kos seperti makanan kambing yang menjadi kos ternakan mahal dan tinggi sekarang. At lest dengan keuntungan jualan kambing untuk potong dapat juga membantu menampong kos makanan untuk kambing breeding….so fakir-firkan la


Jumaat, 26 Mac 2010

Stock Feral Bucks

Salam, shipment untuk feral Bucks CONFIRMMM salin gigi untuk Shipment April 2010. So kepada yang inginkan stock Feral boleh lah berhubung terus dengan saya.
AVERAGE 35kg Harga RM460 minima 10 ekor ambil di MAS kargo. Ex Kandang RM 480.00
– Bagi Feral Buck AVERAGE 40kg Harga RM 490 minima 10 ekor ambil di MAS Kargo - Ex Kandang RM 510

Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us zizan 
019 7917309

Selasa, 23 Mac 2010

Stock Boer X Wethers

Stok Boer x wethers akan masuk pada akhir Mac nie, kami akan maklumkan kepada anda ... bila dah selamat landing kami akan sms lagi kepada pelanggan biasa. Bagi yang baru atau nak booking kami alu-alukan, takut2 kehabisan
Kalau nak deal harga landed KLIA, sila confirm dengan kami untuk dapatkan harga EX KLIA. Pengangakutan kami boleh uruskan.



A. JUALAN BORONG (Min.5 ekor)
- Boer x wethers
Avrg. 35kg : RM490/e
Avrg. 40kg : RM520/e


B. JUALAN RUNCIT:
1. Boer x wethers : Avrg. 35kg RM 530
2. Boer x wethers : Avrg. 40kg RM590

C. Harga Ex- MAS Kargo

Avrg. 35kg : RM 470 minima 10 ekor
Avrg 40kg : RM 500 minima 10 ekor

*harga masih boleh dirunding mengikut kadar pembelian
*stok di Batu Pahat
*pengangkutan kami boleh uruskan

Jumaat, 12 Februari 2010

SUPER VALUE

SUPER VALUE For Clearance stock on March :-
Sepasang Toggenburg
RM 4,400
Boleh runding
Sepasang British Alpine
RM 4,400
Boleh runding
Kalahri Betina 35kg
RM 900 (stock ada 6 ekor)
Boleh runding
Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call us Zizan Omar 019 7917309/ Sani 013 7144676

Khamis, 21 Januari 2010

SHIPMENT BARU DAN HARGA

Untuk shipment seterusnya yang mana pada bulan Feb 2010
Kami tengah mengumpul order untuk shipment Feb. Dan kepada sesipa yg nak join shipment boleh bincang dengan kami.
Harga yg kami tawaran untuk kambing Baka pada shipment Feb adalah seperti berikut :-
HARGA EX-KLIA

1
BOER FB BUCK REGISTERTED 18 BULAN 55KG .
RM 2,400
2
BOER FB BUCK UNREGISTERDED 18 BULAN 50KG
RM 1,700
3
BOER FB DOES REGISTERED 12 BULAN 35KG
RM 2,000
4
BOER FB DOES UNREGISTERED 35KG
RM 1,600
5
BOER DOES F1/F2 WHITE HEAD WHITE BODY AVG 25KG
RM 700
6
BOER DOES F3/F4 RED HEAD WHITE BODY AVG 30KG
RM 1,050
7
BOER DOES F5/F6 RED HEAD WHITE BODY AVG 35KG
RM 1,200
8
KALAHARI FB BUCK REG 55KG
RM 2,500
9
KALAHARI FB DOES REG AVG 30KG
RM 2,100
10
KALAHARI FB DOES UNREG
RM 1,500
11
SAANEN FB BUCK REG 18 BULAN
RM 2,600
12
SAANEN FB DOES REG 16 BULAN
RM 2,500
13
SAANEN CROSS 16 MONTH
RM 1,500
14
Dorper F3/F4 35kg
RM 1.350
15
Dorper RAM Purebreed
RM 2,500
Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call 
Zizan @ 0197917309/016 7678575

Ahad, 13 Disember 2009

Champion Bloodline young Buck

Kami juga akan membawa FB Champion bloodline reg. young buck (stud Buck Champion bloodline)
Jika ada sesiapa yg berminat boleh lah berhubung dengan kami,kerana terhad.





Pls email us at pbramunia7@gmail.com
or Call Zizan 019 7917309/016 7678575

Sabtu, 12 Disember 2009

Baka KAMBING & DORPER Terpilih Dari Australia

Sebahagian gambar-gambar dari selection untuk shipment Dec 2009 yang dijangka lannded pada akhir Dec 2009


Sebagaian daripada white DORPER yg akan dibawa pulang ke Malaysia


FB Buck Reg. & Stud FB reg juga menjadi pilihan kami

Untuk peminat-peminat Anglo Nubian kami juga akan membawa pulang ke Malaysia


Tidak ketingalan Kambing Susu Saanen juga akan turut serta

Jumaat, 11 Disember 2009

Kenali Kambing Bunting

Kambing betina yang sudah dikahwinkan tidak akan mengalami birahi lagi jika kambing tersebut sudah bunting. Seekor kambing akan mengalami puncak masa birahi selama 3 hari, dan jika kambing tersebut tidak dikahwinkan pada masa puncak itu, berarti kambing akan birahi lagi 21 hari kemudian.

Beberapa tanda pada kambing yang bunting adalah semakin membesarnya perut bagian kanan, mulai terjadi pembesaran pada kambing, seringnya kambing menggesek-gesekkan ke dinding kandang dan kambing terlihat lebih tenang. Saat usia kebuntingan 1-3 bulan, jika ambing di perah secara pelan-pelan, akan mengeluarkan cairan bening kental dan agak lekit, dan pada umur kehamilan yang lebih tua berubah menjadi warna kuning pekat.

Kambing yang bunting harus ditempatkan di kandang yang terpisah untuk menghindari gangguan dari kambing yang lain atau menghindari perkelahian antara sesama kambing. Perlu juga dijaga agar lantai kandang tidak licin karena bisa menyebabkan kambing yang sedang bunting tergelincir yang menyebabkan keguguran.
Khusus pada kandang yang berbentuk panggung, pada saat kambing akan dikeluarkan dari kandang, sebaiknya mengunakan bantuan tangga, usahakan pada saat kambing turun dari kandang jangan melomat, karena akan menyebabkan kontraksi pada perut kambing yang sedeng hamil.
Untuk memperlancar proses kelahiran pada kambing, sebaiknya kambing bunting setiap hari dikeluarkan dari kandang dan dibiarkan berjalan-jalan minimal 1 jam setiap harinya.

Masa kebuntingan kambing selama 5 bulan. Pada kambing yang baru pertama kali beranak, waktu melahirkannya biasanya akan sedikit bergeser, baik lebih awal maupun perlahan, tetapi tidak akan lebih dari 5 hari.Selama masa bunting, kambing memerlukan makanan yang lebih banyak dan berkualitas untuk mendukung seluruh proses di dalam tubuhnya. Usahakan selam proses bunting, si induk mendapatkan tambahan kalsium, sehinga keperluan kalsium dalam tubuh kambing maupun anak kambing yang dikandungnya akan mencakupi kalsiumnya.

Kambing yang akan beranak, secara fisik dapat diketahui dari bentuk ambing dan putting susu yang terisi penuh. Alat kelamin luar (vulva) membengkak, berwarna merah, dan berlendir, kambing terlihat gelisah, dan nafsu makan yang menurun. Jika kondisi itu sudah mulai telihat, perlu disiapkan kandang yang bersih. Kandang sebaiknya diberi alas yang mampu menyerap cairan disaat kambing dalam proses melairkan, serta dapat memberi rasa hangat pada anak yang baru saja lahir, misalnya dengan memberi alas berupa karung guni atau jerami padi. Jika kondisi kebuntingan normal, biasanya kambing tidak memerlukan pertolongan saat proses melahirkan. Jika memungkinkan, disiapkan kandang khusus yang dilengkapi dengan lampu penerangan, karena waktu meahirkan boleh terjadi pada malam hari


Selasa, 1 Disember 2009

Dorper Dan White Dorper


Kini tidak sukar lagi bagi peminat-peminat Dorper dan White Dorper kami di PB RAMUNIA selain dari baka-baka Kamabing terbaik yang di import dari Australia kami juga bersedia membawa baka-baka Dorper dan White Dorper yang kini telah di kembang biak di Australia.
Dorper dan white Dorper di biak adalah untuk tujuan pedagingan. Kadar pembesaran yang yang cepat. Anak Dorper dan White Dorper boleh mencapai keberatan 35-40kg dalam masa umur 4-5 bulan. Daya tahan yg baik dalam berbagai-bagai jenis cuca, sama ada panas dan lembab.

Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Persian ewe dan Dorset Horn Ram







Persian Ewe
Dorset Horn Ram


Dorper Ram
White Dorper Ram

Tiada perbezaan diantara Dorper dan white Dorper. Perbezan yang ada hanya warna di kepala.


Untuk keterang lanjut sila hubungi kami di:-
pbramunia7@gmail.com
or Call Zizan Omar @ 019 7917309/0167678575

Selasa, 17 November 2009

Selection dan next Shipment

Sebahagian video clip semasa kami membuat selection kambing di Australa pada awal Nov. yg lepas




Bagi tidak melengahkan masa sekali lagi PB Ramunia dan telah membuat selection utk next shipment dijangka landed end of Dec. selewatnya. Untuk pengetahuan PB RAMUNIA telah berada di sana selama 10 hari bagi meninjau stock yg available, seperti boer, dairy goat, Kalahari dan bebiri dorpers
Kepada peminat Baka-baka kambing dan Dorpers dari Australia boleh membuat tempahan dari sekarang kerana stock yg terhad.
Bagaimana pun kami berharap semua pembeli memahami dengan harga yg kami tawarkan masih lagi berada pada paras mamapu milik dengan keadaan currency yg semakin mendadak naik daaaaaa. (Aud$ 3.14) Tak boleh nak adjust semuanya di luar kawalan sesiapa cuma kami masih lagi sedia berkongsi minat dan pengalaman kami di sana, oleh demikian kami akan tetap landed utk next...next...next shipment.

Manakala utk mereka yg membeli/menempah slaughter goet farel/boer yg di jangka landed sebelum Hari Raya Korban di ucapakan ribuan terima Kasih kerana sudi membeli dgn kami.

Kami juga dalam usaha membawa rusa2 australia utk next shipment bagi tujuan breeding sendiri, kepada yg berminat utk join shipment kami alu-alukan. Boer tetap menjadi pilihan kami begitu juga dairy goat dan dorper.

Ahad, 15 November 2009

Berbezaan Antara Kambing Dan Biri-biri

Percahaya kah anda masih ramai rakyat Malaysia yang masih lagi tidak dapat membezakan mana satu Kah Kambing Dan Mana satu Kah biri-biri atau Beberi. Ada setengah tu mengatakan bebiri tu Lah Kambing.
Walaupun kedua-duanya disebut kambing namun kedua-duanya adalah berbeza dari segala sudut. Apatah lagi daging yang dihasilkan turut mempunyai perbezaan yang ketara. Dari segi saintifik, bebiri tergolong di dalam keluaraga Ovis Aries manakala kambing pula tergolong di dalam keluarga Capra Hircus. Masing-masing merupakan spesis yang berbeza.Bebiri mempunyai 54 kromosom manakala kambing pula mempunyai 60 kromosom. Namun begitu walaupun kedua-duanya tergolong dari spesis yang berlainan namun ia masih boleh dikahwinkan. Walau bagaimana pun jarang sekali hybrid kambing-bebiri yang dihasilkan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

...... so sama-sama Kita fikir-fikirkan Lah di mana silapnyaaaa....

Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama.

Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai jangan sampai kita tertipu. Pada kebiasaannya di kedai "nasi beriani kambing" adalah sebenarnya "nasi beriani bebiri" daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam.

Tetapi harga "nasi beriani kononnya beriani daging kambing" ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan "lamb chop", pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini. Daging kambing atau bebiri yang digunakan.? Kalau "lamb" tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat "lamb chop" tentulah pelanggan bertuah.

Di Barat, pengusaha restoran tidak suka menipu bahan yang digunakan di dalam masakan mereka dengan menggunakan istilah yang betul berbeza dengan di Malaysia.

Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua haiwan ini secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya:

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian).

Para nabi dan rasul diuji oleh Allah (sebahagian dari ujianNya) menjadi penternak kambing yang sifat semula jadinya suka berpecah dari kumpulannya (seekor dua). Jika lulus ujian Allah ini ternyata ia tidak menjadi masalah kepada para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia yang sikapnya tidak ubah seperti kambing (perumpamaan). Oleh itu, untuk kita menjadi penternak kambing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti yang ditunjukan oleh para nabi dan rasul.

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput.

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas.

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan).

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus.

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi.

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.

10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza:
- Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon.
- Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto.
- Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton.
- Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb.

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan.

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah "bodoh domba" adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya.





Banyak lagi perbezaan yang boleh dicari dan diperhatikan diantara kedua-dua haiwan ternakan ini. Ternyata mereka adalah haiwan yang sangat berbeza dan pengurusan kedua-duanya juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sifat-sifat ini.