~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Jumaat, 30 Januari 2009

Tinjauan Ke Karbo Boer Goats Dan Red Rock Dorpers Di South Australia















Pada hari ini 26hb.Jan. 2009 sekali lagi saya menjejakan kaki saya Ke South Australia dengan suhu kepanasan hampir mencecah 45.7c. Kalau dulunya saya ke sini dengan tujuan menjalankan
tugas saya dengan bekerja untuk majikan saya yang bebangsa Australia, tapi itu hanya di Bandar Adelaide sahaja dan kaki ini tidak pernah melangkah ke kawsan pendalamam Adelaide.Apatah lagi ke kawasan pertanian dan penternakan di sana.

Perjalanan ke Farm KARBO Boer Goats mengambil masa kira-kira 2 jam. Dengan kepanasan purata adalah 45.7c yang mana itu merupakan record pertama kepanasan yang di catatan di South Australia. Pandangan bukit bukau di sepanjang perjalan tersebut tak menjemukan saya sepanjang perjalan tersebut. Kira-kira jam 11:30 pagi waktu di South Australia akhirnya Kami sampai di farm Karbo Boer Gotas, saya di sambut baik dan ramah oleh Pat Edson (seorang wanita berumur lewat 50an) bersama suaminya.

Pad Edson cendrong menternak dan membiakan baka Boer sementara suaminya lebih cendrong menternak dan membiakan baka white Dorpers. Pat telah membawa kami kesekitar ladang mereka ( amat luas). Malangnya cuaca terlalu panas jadi saya tak dapat memebelai kambing-kambing tersebut yang kelihatan sungguh umpppp !! walaupun mereka terdedah pada kepansan chahya matahari dengan suhu mencecah 45.7c
namun mereka kelihatan amat tenang. Begitulah daya tahan kambing Boer .....

Diantara bloodline beliau FB Buck bloodline Karbo Tarzan T66 Karbo Annie Y 807, Karbo U59 dan Karbo King U117 dan bagi Doe dari bloodline Jim Boer .......................
Kambing Boer beliau telah beberapa kali mememengi diberapa pertujukan di serata Australia.
Begitu juga dengan White Dorpers kepunyaan suami beliau. Edison 931 dan 430 pernah menjadi champion Ram Adelaide Royal.

Khamis, 29 Januari 2009

Kebenaran untuk megimpot Kambing

Di Malaysia penterank atau pengimpot perlulah terlebih dahulu memohon dari Jabatan Perkhidmtan Haiwan bagi mengimpot haiwan hidup contohnya kambing boer. Setetalah mendapat kelulusan barulah dibenarkan mengimpot kambing-kambing tersebut.
Di antara pekara-pekara yang perlu diisi di borang tersebut adalah seperti beikut:-

1. Nama Pengimpot

2. Alamat, Tel, Fax & Email

3. Tarikh Impot

4. Tempat Masuk/Keluar (Maklumat Penerbangan/Perlayaran jika ada)

5 . Maklumat Impot
a) Jenis
b) Baka
c) Jantina
d) Usia
e) Warna
f) No. ID
g) Negara pengimpot/pengekspot
h) Kuantiti
i) Nilai (RM)

6. No.Establishment (Ladang/Hatcheri)

7.No. EDI: (Untuk Permohonan Impot/Ekspot Komersial)

8. Tandatangan Pengimpot/Pengekspot

9. Nama pemohon/Agen

10. Tarikh Permohonan

dan sudah tentulah .........Serta bayaran RM..... ??????

Rabu, 28 Januari 2009

Kenali Kambing susu Saanen






Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature). Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat. Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 2- 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.

KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

a. Penyakit deman kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.

Biasanya penternak penternak memerah susu diwaktu pagi selepas memberi makanan dan membersihkan kandang. Susu susu yang diperah tadi dimasokkan dalam botol pelastik yang telah di sediakan. Susu yang telah dibotolkan secara manual dijual dengan kadar RM 12.00 hingga RM 14.00 sekilo. Pendapatan sebegini sudah cukup untuk menampung kos pembelian makanan dedak dan hampas soya.
Ciri-ciri Saanen
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.0 kg Jantan 68-91 kg
Betina 3.3 kg Betina 36-63 kg
  • Berbulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
    hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
  • Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
  • Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk pada kedua jantina
  • Kekacang di leher

What is involved in exporting goats from Australia?

Berikut ada beberapa pekara yang perlu kita ambil tahu sebelom megimport kambing dari Australia.

The purchase price of the goats on farm in only a small portion of the total landed cost of goats into another country. Because some of these costs are fixed whether you import 1 goat or many goats, it is cheaper per goat to put together a larger order, rather than 1 or 2 goats. Other costs that might have to be added to the price of the goats are:

- Blood tests and Veterinary inspections of the animals on farm.
- Checking the health status of the farm from which the animals came.
- Transport of the goats to a quarantine centre.
- Cost of an export Agent. Animals in Australia may only be exported with the services of an - - - Export Agent to complete the large amount of paperwork required.
- Quarantine costs
- Blood tests and veterinary inspections in Quarantine.
- Government Inspections charges for Quarantined animals
- Special crates to be constructed or hired for air or sea travel.
- Transport of the goats from the quarantine centre to the departure point.
- Freight costs by air or sea between Australia and the country they are going to.
- Government and Veterinary Inspections prior to embarking.
- Inspections on arrival in the new country.
- Transport to the quarantine centre in the new country.
- Blood test and more inspections in Quarantine.
- Government charges.
- Taxes.
- Transport of goats from Quarantine to their new homes.

Jumaat, 23 Januari 2009

Limfadenitis kaseous

Limfadenitis kaseous (CLA - Caseous Lymphadenitis)

Pengenalan
Satu penyakit yang penting pada kambing, ia di sebabkan oleh bakteria Corynebacterium pseudotuberculosis. Bakteria ini boleh hidup di dalam persekitaran untuk suatu jangkamasa yang lama. Ia menular dengan mudah dan menyebabkan noda limfa menjadi bengkak bernanah. Biasanya bengkak bernanah (bisul) ini berlaku di noda limfa intermandibular, parotid, retropharyngeal, dan cervical dan juga noda limfa dibahagian kaki iaitu noda limfa prescapular, prefemoral, dan supramammari.


















Gambar kebiasaan lokasi bisul nanah pada noda limfa di permukaan kulit.


Rawatan
Apabila bengkak bisul sudah kehilangan bulu, kulit sekeliling nya bertambah merah, ia menjadi lembut dan sudah punyai mata, potong bisul tersebut dengan blade skepel.

Nanah yang keluar dari bisul di tangani supaya tidak terus menjadi kontaminasi kepada persekitaran kandang, air, tempat makan, pakaian yang boleh menjadi punca ianya tertular kepada ternakan lain di ladang. Cuci bahagian berbisul dengan disinfectant, seperti povidone iodine atau chlorhexidine. Bisul di bersihkan dan dikawal selia setiap hari sehingga sembuh.

Pencegahan
Ada dua pendapat mengenai kaedah pencegahan dan kawalan penyakit ini. Yang umum dan biasa di syorkan ialah untuk takai sahaja (“cull”) kambing yang mengidap limfadenitis kaseous. Melalui kaedah ini, kita dapat memastikan bahawa penyakit ini tidak tertular kepada kambing lain di ladang.

Satu lagi pendapat ialah untuk membersihkan nanah dari limfadenitis kaseous, memastikan nanah ini tidak kontaminasi kandang, peralatan ladang dan pakaian penternak semasa rawatan, dan merawat luka yang terjadi daripada rawatan sehingga sembuh. Walau apa pun, apabila kita sedar di kalangan ternakan kita ada yang mengalami limfadenitis kaseous, kita mesti mengasingkan nya dari kambing yang sihat supaya ia tidak merebak di kalangan ternakan kita. Gunakan sarung tangan semasa membersihkan bisul bernanah limfadenitis kaseous. Walaupun belum pernah terdengar kes ianya tertular kepada penternak, tidak salah bagi kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Ternakan boleh di beri vaksin (Glanvac) untuk kawalan dan pencegahan; cara menggunakan Glanvac ialah; (i) dos pertama di beri pada bila-bila peringkat umur kambing (bagi anak setelah cerai susu), (ii) dos kedua tiga minggu selepas dos pertama, dan (iii) dos ketiga 3 bulan selepas itu. Satu suntikan “booster” di beri setiap tahun selepas itu.



Rabu, 21 Januari 2009

Kisah ibu buruk tapi anak cun dan handsem

Salam kepada semua rakan-rakan ternak . Cuaca agak panas dan kering di sepanjang perjalanan dan kunjungan saya ke beberapa farm di sekitar Queensland, namun saya tidak hiraukan dengan bahang kepanasan saya lupa akan hal hal tersebut dek kerana terlalu gariah melihat kambing yang terdapat di farm-farm tersebut..... yang kelihatan sungguh sihat dan gebu.
Dah menjadi kebiasan saya akan melawat beberapa farm sementara menunggu kedatangan partner saya untuk final selection untuk kambing yang akan kami bawa balik ke Malaysia kelak.


Diringkaskan cerita saya telah pergi sebuah farm yang agak kecil saiznya, pemilik ladang tersebuat dimiliki oleh sorang wanita berumur sekitar 35 ++ beliau baru sahaja bejinak-jinak dengan penternkan/pembikan kambing boer bermula pertengahan tahun 2007. Beliau telah membeli sekitar 20 ekor x bred doe yang kalau dilihat kambing-kambing tersebut sudah agak tua.Kemudian beliau telah membeli embryo kombinasi yang dipilih secara terpilih dari baka yang terkemuka yang juga dikenal sebagai sires, ini termasoklah termasuk Rupert Amani (di Queensland 2008 Grand Champion Buck) dan Terraweena Burger (Nasional 2007 di Grand Champion Buck). Baka ini telah memenangi di regional dan Australian nasional dalam beberapa pertunujukan kambing -kambing terbaik di Australia.
Akhirnya pada seawal Ogos 2008 lahirlah anak -anak kambing boer pertama beliau
yang berkuliti dari percantuman tersebut berjumlah 35 ekor.






























Diantara anak kambing Jantan yang
kini berumur sekitar umur 2-3 bulan














Anak-anak kambing betina yang kini berumur sekitar 2-3 bulan

Isnin, 19 Januari 2009

Young Buck Snake dan Fairfax Bloodline



Kekawan penternak ingin kami war-warkan shipment Feb. 2009 sekali lagi kami akan membawa young buck snake dan Fairfax bloodline. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan sebelom terlambat, sebab limited ada tapi tak banyak,harga kita boleh cerita nak mintak less atau what ever.Seperti biasa harga di KLIA adalah bebeza dari harga di kandang Lenga dan Batu Pahat.

Pertanyaan atau tempahan sila hubungi Zizan Omar  019 7917309 atau e-mail us at pbramunia7@gmail.com

Sabtu, 17 Januari 2009

Boer wether

Di Australia jika kambing boer jantan yang kurang bermutu ianya tidak akan digunakan untuk pemeliharaan atau sebagai pembakaan mereka biasanya akan dikembari/dikasi untuk tujuan pedagingan. Hal ini dilakukan dengan menggunakan getah gelang yang di reka khas (elastrator), yang ikat dikantong buah biasanya dalam waktu satu minggu lahir (tidak boleh dibuat jika umurnya mencapai 3 bulan)dan meninggalkannya di pangkal buah dan testesnya secara beransur-ansur akan kecut, mengering dan berhenti setelah sekitar dua minggu.






Kambing boer jantan atau boer cross jantan yang dikembari/dikasi di gelar sebagai "boer wether".Walaupun rupa bentok agak sedikit berbeza dan harganya lebih murah dari pejantan baka,tapi rasa daging dan khasiatnya dan kadar rendah lemaknya adalah seperti kambing boer yang asli.

STATUS KAMBING YANG DIKASI/DIKEMBIRI

Memandangkan isu kambing dikasi/dikembiri untuk tujuan ibadah AQIQAH dan KORBAN sering menjadi isu pertanyaan dan tanda tanya tentang statusnya ... maka saya ingin paparkan surat pengesahan dari MUFTI NEGERI JOHOR sepertimana paparan dibawah untuk tatapan penternak dan pengguna sekalian ...

Dengan ini juga pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sama ada memilih kambing atau biri-biri bagi tujuan ibadah Aqiqah dan juga Korban ... diharap anda juga dapat beribadah disamping mendapat pilihan daging kambing yang lebih baik.


Selasa, 13 Januari 2009

Pemilihan Baka Kambing Dari Queenslad Australia

Insyallah pada tarikh 18hb. January 2009 sekali lagi saya akan berada di Queensland Australia, untuk memilih baka-baka terbaik Kambing Boer, Kalahari dan Saanen untuk di bawa pulang ke Malaysia untuk Shipment akhir Feb. 2009. So pada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan bermula dari hari ini, jangan ketinggalan.
Harga kambing-kambing tersebut boleh di rundingkan. Anyway the more numbers ordered the more cost effective it becomes. And CIF KLIA price is more less then EX KLIA

Salam Hormat Dari PB Ramunia

Jumaat, 9 Januari 2009

Harga Kambing Dan Bebiri

Syarikat kami menawarkan pelbagai jenis kambing dan bebiri baka kepada pelanggan yang berminat. Antara baka-baka kambing dan bebiri yang import adalah dari jenis Boer, Kalahari, Dorper dan Damara. Selain itu juga, kami juga ada mengimport kambing tenusu seperti Saanen. Anglo Nubian dan Toggenburg -

Harga bagi setiap Kambing dan Biri-biri adalah berdasarkan gred yang telah ditentukan dan ianya mengikut standard harga pasaran semasa.

Baka Boer

Antara baka yang paling diminati masa kini. Kami menawarkan baka Boer dari jenis Fullblood dan juga kacukan.

#

Jenis

Berat

Harga

1.

Jantan Fullblood Stud (Registered)

(Champion Bloodline)

40-45kgs

55-60kgs

RM 3,100

RM 5,000

2.

Jantan Fullblood (Registered)

50-60kgs

RM2,250

3.

Jantan Fullblood (Unregistered)

50-60kgs

RM1,450

4.

Betina FB Stud doe Reg.

30-35kgs

RM 2,200

5.

Betina FB doe Reg.

28-30kgs

RM 1,850

6

Betina F5/F6

30 kgs

RM 1,150

7

Betina F4/F5

25-30 kgs

RM 1,000

8

Betina F3/F4

25-30 kgs

RM 900

9

Betina F1/F2

25- 30 kgs

RM 680

10

Kalahari FB Buck Reg.

55-60 kgs

RM 2,300

11

Kalahari FB Doe Reg.

28-30 kgs

RM 1,900

12

Kalahari Doe Unreg.

30-35 kgs.

RM 1,300

13.

Saanen Goat Doe

unreg.

30 Kg.

RM 1,500

Kambing Tenusu seperti berikiut :-

#

Jenis

Berat

Harga

1.

Saanen FB Buck reg.

50-55 kgs - 18 month and over

RM 2,450

2.

Saanen FB Doe reg.

up 35 kgs 18 month and over

RM 2,300

3.

Anglo Nubian FB Buck reg.

50-55 kgs

RM 2,500

4.

Anglo Nubian FB Doe reg.

up 35 kgs

RM 2,300

5.

Toggenburg FB Buck reg.

50-55 kgs

RM 2,400

6.

Toggenburg FB Doe reg.

UP 35 Kgs

RM 2,300

Baka White Dorper -

White Dorper merupakan bebiri kelas premium (seperti Boer) untuk kategori bebiri dan mula mendapat tempat dikalangan penternak di Malaysia. Mempunyai ciri-ciri yang baik untuk pedaging dan daya ketahanan yang tinggi untuk hidup di persekitaran di negara ini. Kebiasaannya penternak menggunakan baka White Dorper Jantan Fullblood untuk dikacukkan dengan bebiri betina dari jenis Damara dan Merino untuk menghasilkan anak yang berkualiti tinggi.

Harga tawaran untuk Dorper dan White Dorper adalah seperti berikut :-

#

Jenis

Berat

Harga

1.

FB RAM STUD

50-55kg

RM 3,100

2.

Purebreed Ewes

35kg -40kgs

RM 2,200

3.

F3/F4 Ewes

35- 40kgs

RM 1,400

4

F1/F2

35 kg

RM 980

Jualan Borong -

Disamping jualan runcit, pihak kami juga menawarkan jualan borong kepada penternak-penternak tempatan pada harga yang minimum. Jualan dibuka semasa ketibaan ternakan di KLIA ataupun di ladang. Tawaran harga borong diberikan hanya kepada penternak-penternak tempatan atau mereka yang membuat pembelian melebihi 10 ekor dan ke atas. Berikut adalah senarai harga jualan di KLIA (Animal Hotel) :

#

Jenis

Berat

Harga Borong

1.

Feral

35kg

RM460

2.

Boer

35kg

RM460

3.

Bebiri

Bawah 40kg

RM 500

Penternak/Pembeli digalakkan menggunakan lori sendiri untuk mengambil ternakan.

Walaubagaimana kami sedia membantu atau mengaturkan penyewaan lori jika diperlukan.

Sila hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut

Walau bagaimanapun harga yg tertara di atas masih boleh di kurangkan lagi....sila berunding dengan kami untuk mendapatkan harga diskaun.....