~FARM @ BATU PAHAT, JOHOR - Since 2006 ~ Mobile # WhatsApp Sani Zizan Omar:016 767 8575 / 013 7144 676

Translate

Rabu, 22 Oktober 2008

Lokasi PB Ramunia

LOKASI PB RAMUNIA





Kerja-kerja pembersihan






Kandang Fasa 1












Kandang Pasar 2












FB Boer reg. & FB Kalahari reg.
























Ciri Ciri Boer

Beberapa tips untuk mengenali boer terbaik sebagai ternakan kita.



Boer FB Buck

CIRI_CIRI khusus untuk kambing jantan Boer terbaik adalah terbahagi kepada beberapa sudut :-

Leher pejantan perlu besar dan panjang. ini memberi jumlah daging yg banyak. jantan yg memiliki leher yg sebegini amat senang membesar jika nutrien nya cukup dan ketinggian nya menolongnya untuk kawin dengan lebih aggresive. Kaki serta bahagian depan badannya perlu lebih tinggi dari dari bahagian belakang. ini penting untuk memanjat dan mengawan Kambing betina tersebut. senang untuk melaraskan alat jantinanya dan kena tepat pada alat jantina si betina. Badan jantan perlu panjang, tidak lurus serta mesti ada curve pada pinggulnya yg sedikit menaik dari bahagian tengah badan. curve di bahagian pinggul itu perlu bulat jika dilihat dari sisi dan juga belakang kambing. perut tidak terlalu besar dan tidak bulat. ini satu ciri yg penting. pinggul yg sebegini memberikan lebih daging dan bahagian belakang ini mempunyai nilai yg tinggi jika kita jual on special cut. Perut yg besar serta bulat tidak mempunyai nilai2 komersial yg tinggi pasal tiada daging. cuma jumlah najis yg menurunkan peratus karkas.
Zakar kambing perlu juga di teliti. Bila kambing ni tergeliat atau beriadah, seringkali zakar nya keluar, pada masa nih, perhatikan cara zakar itu keluar dan masuk, pilih jantan yg zakarnya keluar straight dah agak lurus. maksudnya yg smooth jer kuar masuknya. jangan malu2 untuk intai2 si jantan ni. Ni penting untuk poket kita di masa depan. testicles atau telur nya juga perlu di perati, di raba dan di nilai. pilih yg telurnya besar, rapat pada badan..tidak lanjut, saiz kanan dan kiri sama serta berbentuk bulat curve di bawahnya. tiada benjolan jika diraba serta tidak ada luka dan kudis. ini penting untuk penghasilan sperma berkualiti serta banyak dan dapat di pancutkan dengan baik dalam vagina si betina.Paha kambing jantan tu perlu besar, lebar dan menampak kan yg dia ada daging. jangan pilih yg ala ala nak berdaging jer. tu biasanya kurang potensi bila kita gemuk kan.Cara jantan tu jalan pulak kita kena tengok juga. Perhatikan step dia, pilih yg tegap jalan nya yg.macho jalannya, mendada dan kepala asik mendongak. jenis ni cepat sket bereaksi bila ada betina ngurat. yg jenis tunduk pulak ganas bila buat “kerja” tapi lembab sket bab ayat betina. Dan yg paling penting, gunakan baka jantan boer yg fullblood dan mempunyai latar belakang penternak asal yg di ketahui. senang nanati nak refer atau nak buat analisa.


Boer FB Does
Untuk menilai kambing boer betina ni sebenarnya memang agak sukar dan perlu di teliti secara pengamatan fizikal secara langsung, maknanya kena citer benda ni depan kambing tersebut. Tip- tip untuk mengenali nya ada tetapi secara jujur, tak ramai yang tau mengaplikasikannya. Cuma org boleh berbicara bedasarkan teori sahaja dan apabila berhadapan dengan kambing boer, tidak boleh judge crosses ke berapa kambing tersebut. masalah yg lazim terjadi di sebabkan kambing boer cross ni berkepala coklat walaupun dari crosess F2 , F3, F4 hingga ke Fullblood. jadi susah nak ikut guidelines colour conformity dari South Africa nih..kalau based kepala coklat ni banyak lah org buleh cakap dia punya fullblood. Sedangkan, warna kepala adalah tidak berapa penting berbanding pyhisical apperances yg lain. Ada fullblood hitam dan fullblood boer yg berwarna putih atau savannah. Cara yg paling tepat nak tau crosses ke berapa nih ialah kita kena menguji darah nya berdasarkan struktur DNA serta profile nya. masalah nya kita takde lab and lab sumer kat gomen so kira tak berapa praktikal lah. even kat australia pun dia orang tak gemar sgt benda2 nih.

Cara yg boleh diguna pakai adalah bedasarkan pemerhatian beberapa karakter fizikal nya termasuk body score dan keadaan kambing tersebut. banyak rujukan yang boleh dibaca cuma secara jujur, susah nak apply. benda ni kena learn through experience… tu penting
Biasanya, anda cari fulblood yang cantik dan buat sebagai benchmark. maknanya, ambik boer crosses dan compare dengan fullblood betina nih. kalau lebih mirip pada fullblood doe dia punya apperance maka tinggi jugalah darah boer dalam peratusan darahnya. Roman nose, neck, body length, horn dan standing posture tu antara ciri2 yg buleh di jadikan tauladan nak buat comparison. Biasa nya ciri2 yg dekat dengan fullblood mewakili F5 keatas
yg sedang2 sket F4 dan lebih dekat ngan feral punya karakter adalah F3 dan yang mcm feral adalah F2. Bagi meamatan saya, to be fair, always look at the appearance kambing tersebut. Boer is a meat goat, so body should be round and fat. kaki kurus and perut besar jgn ambik. tinggi sgt badan nya pun fault juga. leher shed should be long and wide. and yg paling penting berat nya lebih tapi umurnya kurang...












Feral
Feral Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya keseluruh dunia, termasok Malaysia.






Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.




Boer F2

Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.



Boer F3

Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya
sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.











Boer F4




Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.







Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir
sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka.

Selasa, 14 Oktober 2008

Kambing Untuk Dijual



BREED

PRICE RM

Registered Fullblood Buck

From RM 2,500

Unregistered Full Blood Buck

From RM 1,600

Purebreed (F5/F6)

From RM 1,180

Young Buck Reg. 4 - 6month

From RM 1,400

Registered Fullblood Doe

From RM 2,100

Young Buck 4-6month Un.Reg.

From 800

F3/F4 Doe

RM 800- 980

F1/F2 Doe

RM 700- 790

Feral Doe

RM 480-580

Aqiqah/Korban (Slaughtering)

Wether Boer Male/female Boer

Sheep

From RM 500 – 700

From RM 550- 750

Gambar Kemasokan Baka Kambing Boer dari Australia ke Malaysia

PB Ramunia dengan kerjasama Viva Assets Australia Pty. Ltd. sekali lagi membawa masok kambing baka Boer ke Malaysia untuk ternakan dan dipasarkan.

Sebahagian kambing-kaming ini telah di tempah dari pembeli dan di ambil di KLIA.
































































Sebahagian daripada kambing-kambing tersebut yang di hantar ke destinasi pembeli.


Salah Faham Mengenai Daging Kambing



























BERNAMA COM

14 Ogos, 2007 10:07 AM
Oleh Soraya Jamal


KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bagi mereka yang bijak dan teliti menilai makanan, tentu memeranjatkan apabila ada di antara mereka mempunyai tanggapan yang salah apabila bercakap tentang daging kambing yang selalu disebut "mutton" di dalam bahasa Inggeris.Bertentangan dengan apa yang difahami selama ini, "mutton" sebenarnya bukanlah daging kambing sebaliknya adalah daging kambing biri-biri yang sudah tua.Di negara-negara Barat, daging kambing sering disebut sebagai "Chevon". Manakala daging kambing muda, disebut sebagai "cabrito" atau "capretto".Masih ramai yang tidak menyedari bahawa 63 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari di seluruh dunia adalah daging kambing dengan Australia sebagai pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti.Di Malaysia, permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor.Pertama, pengguna tidak tahu di mana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biri-biri tua dan daging biri-biri.Faktor kedua pula, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.SALAH TANGGAPANSalah tanggapan ini menyebabkan orang Malaysia mengelak makan daging kambing, yang khasiatnya bertentangan dengan daging biri-biri tua.Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.Menurut Pengarah Urusan Majestic Boer Farm Sdn Bhd, Yeow Joo Kwang, salah tanggapan yang biasa terhadap daging kambing ialah daging tersebut dianggap sebagai 'mutton', yang mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, berbau hamis dan hanya sesuai dimasak dengan kari.Tidak seperti daging biri-biri atau biri-biri tua, daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu yang jauh lebih rendah dan hidangannya juga boleh dipelbagaikan berbanding daging lembu dan daging biri-biri.Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit.Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.RASA LEBIH BAIKSecara keseluruhannya tidak ada daging kambing yang dapat menandingi kambing Boer dari Afrika Selatan dari segi rasa dan kelazatannya. Inilah sebabnya daging tersebut mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat.Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.Usia untuk disembelih adalah faktor utama yang menjamin keseluruhan rasa serta nilai nutrisi daging tersebut. Daging kambing dari Lembah Boer disembelih apabila mencapai usia 8-12 bulan.Pada usia ini, dagingnya mengandungi nutrisi yang tinggi, lebih rendah lemak tepu dan kolesterolnya. Dagingnya juga lebih lembut dan basah.Faktor lain pula ialah kandungan lemak. Apabila kandungan lemaknya rendah, daging tersebut tidak berbau kuat seperti yang sering terdapat pada daging kambing atau biri-biri yang lain.Makanan kambing dari Lembah Boer adalah 100 peratus organik -- iaitu rumput Napier yang tumbuh di ladang seluas 20 ekar milik syarikat ini di Tapah.Makanan tambahannya adalah daripada serat yang dihasilkan daripada isi buah kelapa sawit, kulit kacang soya dan jagung.Ia bertujuan memastikan haiwan ternakan tersebut mendapat sumber serat dan protein yang tinggi.Selain daripada itu, kambing-kambing ini juga memerlukan air galian yang tinggi kualitinya. Sumber ini diperoleh daripada sumber air galian semula jadi daripada air terjun Lata kinjang berdekatan Tapah.BOLEH DIPELBAGAIKANKebanyakan orang mendapati daging kambing memiliki bau yang sangat kuat. Apabila dimasak dengan kari, rempah yang digunakan dapat melindungi bau tersebut.Lebih ramai orang Melayu dan India yang makan daging kambing berbanding kaum Cina. Masyarakat Cina kurang mahir memasak menggunakan kari, tetapi dengan adanya daging kambing Boer, bau yang sinonim itu dapat diatasi.Daging kambing ini dapat menghasilkan hidangan kari India yang sangat lazat dan apabila dibakar, mengeluarkan aroma dan rasa yang sungguh enak.Yeow berkata apabila rakyat Malaysia memahami bahawa daging kambing memberikan alternatif yang lebih sihat berbanding daging lain yang selalu dimakan, permintaan ke atasnya akan meningkat.Dibandingkan dengan daging lembu dan daging babi, daging kambing lebih popular di pasar kerana ia tidak melibatkan batasan agama. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya, kata beliau.Memandangkan masyarakat Malaysia yang gemarkan makanan yang sihat, inilah masanya restoran-restoran menyediakan resipi-resipi baru dan mempromosikan daging kambing, khususnya daging kambing boer.Dalam masakan, daging kambing boleh dipelbagaikan dengan cara masakan yang berbeza.-- BERNAMA

Isnin, 13 Oktober 2008

Kenali Kambing Boer


Apa itu kambing Boer?
Kambing Boer telah dimajukan di Afrika Selatan sebagai baka untuk daging. Perkataan "Boer" dirujuk kepada keturunan dari pendatang Belanda yang ramai daripadanya adalah peladang yang terus menetap di negara itu. Oleh itu "Boer" sebenarnya bemaksud "Kambing peladang". Oleh kerana penternakan baka yang terpilih secara mendalam yang diamalkan oleh penternak Afrika Selatan selama lebih dari 50 tahun yang lalu, baka Boer ini dianggap sebagai baka yang terbaik dari segi penghasilan dagingnya. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak kembar.

Q: Apakah kelebihan kambing Boer ?

Oleh kerana baka Boer telah dimajukan khusus untuk peghasilan daging dan kebolehannya untuk menurunkan kualiti ini kepada anak-anaknya, bersama kualiti lain termasuk peragutan yang lasak, penambahan kambing jantan Boer kedalam kumpulan kambing ternakan boleh membantu untuk menambahkan kualiti anak-anak kambing tanpa membuat mereka terlalu lembut untuk menjadi kambing peragut.

Q: Berapakah harga kambing Boer ?
Harga kambing Boer fullblood adalah disekitar RM2500-3000. Boer fullblood selalunya diimport dari Australia. Baka kambing Boer F1 pula adalah disekitar 700-1200. Harga ini bergantung kepada umur, saiz dan kualitinya.


Q: Adakah saya perlu untuk mencampurkan kualiti Boer kedalam kambing ternakan saya?
Tidak perlu. Jikalau permintaan kekal seperti sekarang dan daging kambing import tidak membanjiri pasaran kita, anda mungkin boleh bertahan sekalipun ternakan anda kecil dan kualiti dagingnya rendah seperti kambing cokelat diatas. Tetapi dengan perkembangan industri penternakan kambing di negara kita yang semakin rancak, anda mungkin mahu untuk menimbangkan untuk menambah sekurang-kurangnya kambing Boer jantan seperti kambing Boer putih diatas ke dalam kumpulan ternakan bagi menambah kualiti kambing ternakan anda untuk bersaing dengan daging berkualiti yang sudah tentu akan menguasai pasaran




Ramai yang tidak pasti mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, kambing boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan kambing boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross.

Feral - adalah kambing asal Australia. Masa memula orang putih tiba di Australia beratus tahun dahulu, mereka lepaskan kambing. Mereka takut tersesat, sekurang-kurangnya boleh tangkap kambing. Selepas beberapa lama kambing tu jadi peliharaan lading ladang disini. Ada juga pemilik lading ladang yang amat luas menangkap sahaja kambing ini yg membiak liar. Jadi harga kambing ni memang murah.Oleh itu ramai orang tak sedar. Mereka ingat semua kambing yang diimport dari Australia tu boer goat. Semoga korang tak tertipu…

Boer Fullblood (FB) - adalah kambing boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan manamana baka kambing lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar, iaitu cepat membesar dan membiak. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM2,500 seekor.

Boer F1 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM700 seekor.

Boer F2 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F1.

Boer F3 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F2.

Boer F4 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F3.

Purebreed - adalah gelaran bagi F4 (bagi betina) dan F4 keatas bagi jantan.

Beberapa jenis Kambing

[boer1.jpg]
Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik.



[feral1.jpg]
Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak kambing.

[anglo+nubian1.jpg]



Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.
[britalpine1.gif]

British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.

[jamnapari1.jpg]

Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.







Kampung- Ini adalah kambing tempatan kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.















Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika.











PENTERNAKAN KAMBING

PENDAHULUAN
Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.


TUJUAN PEMELIHARAAN
Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.